Kring!
Kalau jam tak berbunyi pun dia
sudah bangun. Otak dan badannya memang sudah disetkan. Tepat saja jam 6.00 pagi
dia akan bangun.
Ketika dia hendak ke bilik air tu,
emak dan abah memang sudah bangun. Emak sedang mengurut-ngurut dada abah.
Terdengar juga bunyi semput abah tu. Kasihannya, kalaulah dia punya kuasa
sakti. Dia ingin sembuhkan penyakit abah. Memandang abah derita, hatinya juga
turut menderita.
Jika hendak disenaraikan banyak
betul senarai penyakit abah dan kedatangan mereka tidak boleh diduga. Macam sekarang
ni, sakit semput yang datang menyerang. Abah tu pun satu, lagi kita tegah
jangan makan lagi banyaklah dia makan. Kadang-kadang merasa jugalah abah
cubitannya. Eh semalam tu cubitan sayanglah sebab abah tak mahu berhenti makan
buang langsat. Buah tu kan angin dan akibatnya seperti pagi inilah.
“Iya nanti tolong masakkan air.
Abah nak mandi guna air panas.” Puan Hamidah mengarahkan anak nombor tiganya, Azalea
untuk menjerang air.
“Okey.” Balas Azalea. Dia anak
nombor tiga dalam keluarga. Kata orang anak nombor tiga ni degil dan suka
dimanjakan. Selalu juga membuat onar kerana perlukan perhatian. Dia memanglah
degil dan ada saja benda yang dia buat akan membuatkan emak naik angin. Yalah...
dia bukan anak yang baik. Sedar juga dirikan tapi langsung tak mahu berubah!
Berdenting tutup cerek jatuh ke
lantai simen. Azalea ni kasarlah! Cubalah buat sesuatu tu dengan baik dan
sopan. Gumam Azalea dalam hati.
“Apa tu Iya?” tegur puan Hamidah
dari tingkat dua rumah mereka.
“Tutup cerek ni jatuh mak.” Balas Azalea
dari dapur yang terletak di aras bawah.
“Buat
kerja tu perlahanlah sikit.”
“Baik mak.”
Emak memang kuat berleter, mungkin
berleter tu satu terapi agaknya untuk emak. Jadi dia pun tak kisah asalkan mak
gembira. Mungkin semua orang tak sedar, dia adalah orang yang paling sensitif
dalam keluarganya. Dia adalah orang yang paling cepat mengesan ketidakselesaan
hati semua orang dalam rumah ini. Bila mereka sedih, marah dan sakit.
Cuma sifatnya jenis malas nak
cakap, jadi dia biarkan sahaja. Cuma, tolong jangan sakitkan hati emak dan
abah. Itu satu kepantangannya.
“Mak,
Iya nak mandi sekejap tau. Air atas dapur ni.” Azalea memberitahu emaknya.
“Ya lah, pergilah mandi cepat
nanti terlepas bas sekolah.”
Dari dalam bilik air dia terdengar
emak sedang mengejutkan Alina untuk bangun. Biasanya Alina akan lewat bangun
dari dia. Alina adalah adik bongsunya, beza usia mereka adalah 7 tahun. Jauhkan
jarak mereka.
Dulu masa Alina masuk darjah satu
dialah yang menghantar budak kecil tu pergi mendaftar di sekolah Rendah
Kebangsaan Bota Kanan. Dia sekolah di sekolah rendah tu ketika darjah lima dan
enam sahaja.
Mereka empat beradik terpaksa
balik ke kampung kerana abah mengambil pencen awal disebabkan oleh masalah
kesihatannya. Akibat dari penyakit kencing manis yang dihidapinya, mata abah
menjadi rabun dan lama kelamaan kerabunannya semakin kuat sehingga tidak boleh
melihat.
Dulu boleh juga abah memandu
kereta, tetapi sekarang sudah tidak boleh memandu langsung. Kalau hendak ke
mana-mana abah sudah teraba-raba. Tetapi di rumah mereka ni abah sudah hafal
segala pelusuk dalam rumah ni.
Kedua orang kakaknya Aziah dan
Amiza sudah bekerja selepas tamat SPM. Aziah sudah berkahwin dan Amiza masih
lagi bujang.
“Iya, apa lama sangat mandi tu? Dah
lewat ni.”
“Kejap mak.” Azalea waktu pagi
jangan berangan nanti lewat.
“Kejap-kejap, Alina nak mandi ni!”
Puan Hamidah menjerit nama Azalea
ke dapur di tingkat bawah. Dia hendak masakkan sarapan untuk anak-anaknya bawa
bekal ke sekolah. Mereka berdua tu tak memang bukan jenis sarapan awal. Jadi waktu
rehat jam 10.00 pagi itulah waktu sarapan mereka.
“Mak masak apa?”
Azalea menangkap suara Alina
bertanya.
“Roti burger telur boleh?”
“Lin suka sangat roti burger telur
yang mak buat.”
Mengada-ngada punya budak kecil. “Lin
cepat mandi!” rambut tocang ekor kuda Alina ditarik dari belakang ketika dia
sedang berjalan hendak ke bilik di tingkat atas.
Sebelum pencen, abah sudah siap
bina sebuah rumah dua tingkat yang selesa untuk mereka sekeluarga. Tingkat bawah
ini ada dua bilik tetamu, ruang tamu untuk menonton dan dapur. Bahagian atas
pula adalah bilik mereka empat beradik dan bilik emak. Tetapi sejak akhir-akhir
ni abah lebih selesa tidur di luar. Katanya lemas tidur dalam bilik.
“Emak tengoklah kak Iya ni, tarik
rambut Lin.”
“Hish kamu berdua ni. Lin pergi
mandi sekarang! Iya, pergi solat cepat!”
“Baik mak.” Jawab mereka serentak.
Apabila suara cik puan sri Midah sudah tinggi, haruslah cepat ikut perintah.
Nanti tak fasal-fasal dapat cubitan mak yang berbisa.
Puan Hamidah
mengelengkan kepala dengan telatah dua orang anak yang masih bersekolah ni. Tangannya
pantas memetik pemetik dapur gas dan meletakkan kuali. Dalam masa yang sekejap
saja dia sudah menyiapkan dua beg berisi bekalan air kosong dan roti burger
telur.
No comments:
Post a Comment