Followers

Friday 23 October 2015

Azalea

Langit biru, angin berhembus perlahan. Burung bebas beterbangan. Alangkah tenangnya kalau hatinya juga seperti langit biru yang indah tu. Nafas dihela perlahan, membuang segala kekusutan yang datang.

Mampukah?

Matanya mengerdip perlahan memandang ke atas apabila kapal persiaran ini melalui bawah Harbour Bridge. Tolonglah pergi segala rasa yang melemaskan ini. Bisik hati kecil Azalea.

“Kalau malam mesti lagi cantikkan?”

Ya Allah! Dia ni lagi?

Azalea menoleh ke sebelah apabila suara yang menegurnya itu sangat dikenali. Siapa lagi kalau bukan Abdul Haaq. “Tak balik Malaysia lagi?”

Haaq mengelengkan kepala. “I live here, tu rumah saya.” ibu jari menunjukkan ke arah The Rocks.

Azalea memandang Abdul Haaq sebelum memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Abdul Haaq. Dia diam seketika, cuba mencari letak rumah encik abdul ni. Tapi tak nampak langsung pun ciri-ciri rumah yang diperkatakan tu kerana mereka sekarang sudah menghampiri Opera House.

“Opera House ke?”

“Taklah… yang tadi tu nampak tak rooftop warna biru?” dia tipu! sebenarnya sipi-sipi hujung atap pun tak boleh nampak dari sini.

Apa-apalah encik Abdul!

“First, please call me Haaq. Second, awak buat apa kat sini sorang-sorang?” Haaq menoleh ke kiri dan ke kanan pura-pura mencari teman Azalea. Padahalnya dia memang tahu Azalea keseorangan. Dia mengambil risiko meninggalkan conference dan juga talk dr Bachir dengan mengekori Azalea dari belakang.

Tak sampai hati! Jadi di sinilah dia saat ini. Atas Captain Cook Cruise yang sedang belayar di pelabuhan Sydney ini. Gelaklah kalau nak gelak, hatinya… hanya dia sendiri yang faham rentaknya.


Thursday 8 October 2015

Azalea

Haaq berdiri memandang ke luar train. Dari station circular quay ke arah central station. Mesti orang akan kata dia pelik sebab dia lebih suka berdiri. Satu yang paling dia benci, duduk dan train ramai orang. Sebab? Bila duduk, akan ada ramai orang berdiri di hadapannya. Pandangan yang dia ada pada masa itu nanti adalah perut manusia!

Sebab tu dia lebih suka berdiri. Tengok pemandangan di luar lebih baik dari tengok perut orang!

Chop! Azalea. Dia nampak kelibat azalea apabila menoleh ke arah pintu masuk sebelah kanan. Tekunnya dia tengok skrin telefon bimbit.

Macam tak percaya jumpa azalea dalam train. Dia naik dari stesen mana ni? Circular quay atau king street? Kalau circular quay, kenapa dia tak pernah jumpa? Haaq, kau tu kan orang laut. Berapa hari dalam setahun kau duduk atas darat?

"Excuse me." Ucap haaq sambil menyelit di celahan orang ramai. 

Matahari bersinar indah apabila sudah berada di hadapan azalea. Hatinya rasa bahagia. Kenapa?

"Assalamualaikum." Tegur haaq

Azalea masih tidak mengalihkan pandangannya dari skrin telefon bimbit. Siapa pula yang tegur dia pagi-pagi ni. Sudahlah kepalanya serabut dengan lis patch baru yang berterabur tu. Tiga minggu dia cuti semuanya jadi huru hara.

"Tak jawab dosa tau."

"Jawab dalam hatilah." Balas azalea dan menglihkan pandangannya dari skrin telefon ke arah suara yang menegur. Bulat matanya bulat memandang abdul haaq yang tersenyum di hadapannya.

"Ada pun suara dia." 

Sibuklah dia ni. Kenapalah asyik jumpa dia saja? Runggut azalea dalam hati.

"Eh encik abdul. Nak pergi mana?" Rasa nak terhambur ketawa apabila memanggil abdul haaq sebagai abdul. Entah... Macam tak kena dengan orangnya.

"Office. Awak?"

"Office jugak." Jawab azalea ringkas.

"Kerja sini atau datang meeting?"

"Kerja." Jawab azalea, masih ringkas. Pagi-pagi ni dia malaslah nak beramah mesra.

"Saya pun nak pergi office ni." Terang haaq sambil senyum 'tak bersalah'.

"Meeting ke?" Soal azalea. hari-hari dia turun naik train ni, sekali pun tak pernah jumpa abdul haaq.

"Haah." Memang ada meeting pun pagi ni. Fasal job geo hazard next month.

"Bila balik malaysia." Tiba-tiba perbualan mereka jadi lebih panjang.

"Anytime soon." Yalah tu haaq. Betullah anytime soon, bukannya menentu jadual kerjanya ni.

"Oh. Have a safe flight back home ya."

"Thank you." Kau ni haaq jangan cari fasal. Ya lah... Nanti aku minta maaflah dengan dia