BAB 1
Darin
membelek imej yang terpantul di hadapannya, hari ini adalah hari yang paling
bersejarah dalam hidupnya. Hari di mana dia bakal menjadi isteri kepada seorang
lelaki yang bernama Farhan. Kebaya yang diperbuat dari kain lace perancis warna
biru laut itu tersarung cantik di tubuhnya. Debaran di dada tak usah cerita.
Sekejap
saja lagi. pujuk hati kepada diri sendiri. Sesekali matanya memandang jam di
tangan, sudah melewati masa setengah jam seperti yang dijanjikan. MasyaAllah
mana pula Farhan ni pergi, segera telefon bimbit di capai. Berkali-kali nombor
telefon Farhan di dail, tetapi hampa tiada jawapan.
Along
sudah dua kali menjenguknya di dalam bilik, angah pula tidak senang duduk
mengalahkan dia yang hendak bernikah. Kegelisahan juga terlukis di wajah papa
dan mama. Mana Farhan ni? Sekali lagi nombor Farhan didail tetapi hampa kerana
tidak berjawab. Dia takut ada sesuatu yang buruk berlaku pada Farhan. Maklumlah
orang-orang tua selalu menyebut, orang yang bertunang darahnya manis jadi mudah
mendapat kemalangan.
Tiba-tiba
ada pesanan SMS masuk. Ya Allah! selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku,
segala-galanya kelam dan gelap gelita. Ketika dia mula membuka mata, seluruh
ahli keluarga berada di sisinya. Malu, itulah yang dia rasakan saat ini.
Teringat kata-kata papa sebelum pertunangannya dahulu.
“Rin,
betul-betul nak kahwin dengan Farhan ke?” soal papa pada satu malam itu pun
selepas dia mogok selama seminggu. Kerana permintaannya untuk hidup bersama
dengan Farhan mendapat tentangan. Bila ditanya pada papa, mengapa dia menolak
Farhan. Papa hanya menyatakan yang dia tidak sedap hati. Pelik, tetapi sekarang
bukan lagi pelik. Mungkin benar firasat papa satu masa dahulu.
Seminggu
telah berlalu, masih terbayang diruang mata khemah yang gah terpasang. Bilik
pengantin yang terhias indah begitu juga dengan pelamin yang megah terletak di
ruang tamu. Malah masih dapat dirasakan lagi kelembutan kain lace perancis yang
dijadikan pakaian untuk majlis pernikahan. Oh Tuhan, sesungguhnya dugaan ini
maha berat untuk dia tanggung seorang diri.
Kiriman
SMS yang diterima pada hari yang sepatutnya berlangsung majlis pernikahan telah
membawa pergi seluruh kekuatannya. Pergi dibawa angin, malah dirinya sendiri
berkurung di dalam bilik.
Darin, maaf saya tak dapat nak
teruskan pernikahan ini.
SMS yang diterima daripada Farhan itu benar-benar
memberikan tamparan yang hebat dan dia pengsan buat seketika. Selepas abang
Long menelefon pihak keluarga Farhan, barulah dia tahu duduk perkara yang
sebenar. Mudahnya lelaki mengatur kehidupan. Mereka fikir perempuan ini lemah dan
boleh diperkotak katikkan sesuka hati. Hey perempuan bukan lemah tahu!
Menangis
air mata darah sekali pun tidak mampu membersihkan lumpur yang terpalit di muka
keluarganya. Jika tidak sabar, silap hari bulan dia sudah bunuh diri. Okey,
jangan fikirkan perkara yang negative di saat hati sedang meratap pilu.
Mujurlah
dia bukan perempuan yang hatinya mudah hanyut. Dia jenis yang kuat semangat dan
tidak cepat berputus asa. Semua orang kenal dengan dirinya yang penuh sifat
juang. Pantang dicabar dan pantang juga dijatuhkan maruahnya.
Lihatlah…
perkara pertama yang dilakukan selepas peristiwa hitam itu adalah membina
semula hidup yang baru. Hidup yang baru, rutin yang baru, segala-galanya baru
adalah untuk sebuah sinar kehidupan yang dia ingin bina semula. Dia tidak mahu
terus dibelengu oleh kisah hitam itu.
Minggu
lepas dia sudah hantar notis berhenti kerja 24 jam dia hantar pagi tu siap
dengan wang pampas an dua bulan gaji. Dia ingin berhenti kerja dan memulakan
kehidupan baru di tempat yang baru. Di tempat di mana tidak ada orang
mengenalinya.
Hanya
bertawakal kepada Allah, dia memberanikan diri menerima tawaran kerja dari
sebuah syarikat arkitek. Bukan di Kuala Lumpur, bukan juga di kawasan yang
berhampiran. Tetapi di Kuang, Sungai Buloh.
“Cik
Darin, tahniah saya ucapkan kerana sudi menerima tawaran kami.”
Darin
duduk mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh tuan Muzaffar yang juga
merupakan pengerusi kepada Muzaffar Interior Design (MID). Pembantu Peribadi
kepada seorang ketua arkitek. Dia okey saja, lagipun Kuang tu bukanlah jauh
sangat. Masih dalam Malaysia
kan. Kiranya lebih
dekatlah kalau hendak disbandingkan dengan Angah yang kerja di luar Negara tu.
“Terima
kasih tuan kerana menawarkan saya jawatan tu. Insya-Allah saya akan bekerja
bersungguh-sungguh.” Janji Darin dengan penuh bersemangat.
Sedikit
sebanyak dia telah dimaklumkan oleh Zakiah, pegawai bahagian sumber manusia.
Zafryl bin Muzaffar adalah anak tunggal kepada tuan Muzaffar. Kenapa Zafryl
tidak bekerja di ibu pejabat tidak pula diberitahu kepadanya.
Tetapi
peliklah! Siapa Zafryl? Bos barunya ini? Dan kenapa dia jadi begitu ya? Ego
tinggi mengalahkan langgit ke tujuh! Tahu tak Zafryl ni tinggal dalam hutan
belantara! Okey tipu, belukar mungkin. Macam mana ya dia hendak jelaskan,
mungkin konsep rumah dusun atau rumah hantu?. Sudahlah duduk jauh di tengah
hutan, terasing pulak tu. Hari ini pula adalah hari pertama dia disini, dia
sampai sebelum tengahari dan tunggulah malam nanti. Malam nanti barulah boleh
tahu ada hantu ke tidak. Entah-entah Zafryl tu yang hantu!
Di
rumah besar ini cuma ada makcik Nab sebagai pembantu rumah, suaminya pakcik
Musa sebagai pemandu merangkap tukang kebun, lepas tu dia sebagai Pembantu Peribadi
ke pada Zafryl.
Memanglah
rumah ini cantik sekali senibinanya, malah tempat yang bakal menjadi tempat
kegemarannya adalah di bahagian belakang rumah. Ada sebuah pondok kecil yang menghadap ke
sebatang anak sungai yang cantik dan jernih.
Rumah
dua tingkat ini sederhana besar cukup selesa untuk mereka berempat. Malah rumah
ini juga berekaan moden dan yang pentingnya dia dah jatuh hati pada rumah ini
ketika pertama kali memandangnya. Bahagian bawah rumah ini berdinding kaca di
bahagian dapur membawa hingga ke ruang makan. Ruang makannya pula menghadap ke
arah taman yang direka indah.
Keliling
rumah ini dipenuhi dengan pokok yang meredupkan suasananya. Jika dilihat dari
bahagian depan memang tidak nampak rumah cantik ni. mungkin dibina begitu untuk
privasi. Sesuailah dengan perangai Zafryl yang confirmed tak bercampur dengan
orang tu.
salam adileah.... ni novel pertama adileah kan...mcm best la citer ni. kat mana boleh beli novel ni yerk...
ReplyDeletetak sure lah my dear sbb dah stop production novel ni. kalau ada pun 2ndhand book lah kut. :D
Deletehai, salam'
Deletesaya ada novel nie, jika berminat blh email saya maszael@yahoo.com.
thanks
wah, upload balik ye cerita ni? yay!
ReplyDeleteha'a saja.. tiba2 teringat :p
Deletesalam novel nie masih ade dipasarn lagi?..puas sya mencari.tpi satu pun x de..nak sangat bace n mliki novel nie..
ReplyDeletehai, salam'
Deletesaya ada novel nie, jika berminat blh email saya maszael@yahoo.com.
thanks
salam novel nie masih ade dipasarn lagi?..puas sya mencari.tpi satu pun x de..nak sangat bace n mliki novel nie..
ReplyDeleteSalam, dah tak ada. :(
Deletesaya dh baca nvl ni. bes sgt. rezki saya dpt nvl ni wpun 2nd hand. tp mmg puas ati
ReplyDeleterindulah buku ni.. saya belum habis baca lagi kawan saya pinjam.. lepas pinjam hilang plak.. hmm..
ReplyDeletealaaaa kasihannya dia
DeleteAda Siapa Siapa yang ada novel ni? Saya nak beli. Saya punya hilang masa pindah rumah. ðŸ˜. Novel pertama beli time sekolah, kumpul duit jajan🤣..
ReplyDelete