Followers

Wednesday 28 August 2013

Nasi Lemak Buah Bidara...

Dear awak,

Awak, hati saya sakit, sakit sangat. Rasa macam ditoreh-toreh dengan pisau. Awak tak kasihan ke kat saya? Saya cintakan awak dengan segala apa yang saya ada dan dengan segala apa kekurangan yang awak ada. Bila awak kata awak tak boleh berlakon sayangkan saya. Awak suka macam ni tau.

Saya tahu awak sayangkan saya tapi dalam masa yang sama awak sakitkan hati saya. Dah lama saya tak menangis sebab awak. Rugi tahu airmata saya ni. MAHAL!


From me

Thursday 15 August 2013

EDISI KHAS AIDILFITRI - Pada Angin Aku Berpesan


3 Tahun sebelum
1 Syawal 1432
 
Baju kurung birus firus yang sudah bergosok kemas itu dia gantungkan di sebelah baju Melayu dari warna yang sama tetapi tona warna yang berbeza. Telefon bimbit yang sejak tadi dia biarkan saja di atas side table dicapai dan tangannya leka mencari aplikasi kamera. Telefon bimbit dihalakan ke arah baju kurung dan baju Melayu yang sedang bergantungan itu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Itulah status facebook yang dia update pada pagi 1 Syawal tu.
Tidak sampai lima minit selepas itu status facebook nya telah dikomen oleh M.A.S (Muhammad Ariel Sazali). Itu adalah nama rahsia Ariel di facebook dan hanya dia seorang dalam 'friend list' Ariel.
Selamat Hari Raya Aidilfitri sayang...
Mengada-ngada! Balasnya geram. Sejak dua menjak ni bukan main lagi orang tu. Mentang-mentanglah mereka sudah berbaik beberapa bulan sebelum Ramadhan.
“Ehem.”
Pantas kepalanya menoleh ke belakang apabila terdengar suara berdehem di hadapan pintu bilik. “Selamat Hari Raya Aidilfitri Meen.” Ucap Ariel sekali lagi
“Selamat Hari Raya Ariel.” Balas Yasmeen dalam senyum yang berbunga-bunga. “Siaplah cepat, nak pergi solat Aidilfitri kan?”
“Meen ikut sekali?”
“Ya.”
Ariel yang sudah siap berbaju Melayu Johor warna biru memandang Yasmeen di hadapannya melalui  cermin dressing table. Senyumannya berbunga-bunga. Yasmeen manis sangat dengan warna biru. “Thanks sayang.” Kedua belah tangannya memegang bahu Yasmeen dari belakang dan kemudian memeluknya erat.
Yasmeen senyum bahagia membalas ucapan terima kasih Ariel. “Nak duit raya?” telapak tangannya dihulurkan ke arah Ariel yang terbias melalui cermin di hadapan mereka.
“Boleh.” Ariel menunjukkan pipi kanannya.
“Gatal! Orang nak pergi solat Aidilfitri lah.”
“Belum ambik wuduk kan?” balas Ariel dalam senyuman yang berbunga-bunga. “Mintak maaf dengan suami pun belum.”
“Cepat duduk.”
“Amboi, raya-raya pun nak garang. Gigit karang baru tahu.” Walau pun begitu tarikan Yasmeen ke katil dia ikut dengan penuh rela dan senyuman yang semakin berbunga-bunga.
“Tunggulah malam sikit sayang, kita nak gi solat ni.”
“Suruh duduklah, I nak mintak maaf ni.”
“Cakaplah nak mintak maaf, tiba-tiba ajak ke katil. Ingatkan nak ajak buat benda lain.”
“Teruk betullah you ni.”
“Cepat, mintak maaf dengan suami.” Ariel menghulurkan tangannya ke arah Yasmeen yang sedang duduk berlutut di hadapannya.
“Ariel, I mintak maaf kalau ada salah dan silap sepanjang jadi isteri you. Maaf, I tak pernah jadi isteri yang sempurna untuk you.” Tangan Ariel dikucup perlahan dan penuh rasa cinta. Inilah takdir yang pada awalnya dia tidak terima tetapi inilah perkara paling bahagia yang dia pernah lalui. Ada suka, duka dalam perkahwinan ini yang semakin mematangkan mereka.
“Yasmeen, you adalah wanita yang sempurna sebagai isteri I. I pun nak mintak maaf sebab masa awal perkahwinan kita dahulu, I selalu sakitkan hati you. Selalu buat you sedih dan I nak you jadi isteri I sampai bila-bila.” Dia mengucup lembut dahi Yasmeen. Lembut wangian yang Yasmeen gunakan menyerap masuk ke hidungnya.
"Nak duit raya boleh?"
"Kalau you nak I sekali pun boleh. Duit raya dengan I datang satu pakej."
"Ala... bolehlah sayang."
"Lembutnya dia... tapi tak cukup lembut nak cairkan hati I." balas Ariel dalam senyuman. sengaja hendak tengok Yasmeen yang nanti akan merajuk.
"Eee... nak bagi duit raya pun berkira."
 "Mestilah."
"Dengan isteri sendiri pun nak berkira. Nak merajuklah..."
"Meen, Ariel... dah lewat nak ke masjid ni." panggil puan Fatimah dari hadapan pintu bilik.
"Kejap Ibu, Meen tengah pakai tudung ni." balas Ariel pantas.
"Dahlah... I nak merajuk."
Ariel ketawa perlahan. sebenarnya awal-awal lagi dia sudah siapkan duit raya untuk Yasmeen. Siap dengan pakej holiday ke Pangkor Laut lagi. Tetapi biarlah... dia hendak surprise kan Yasmeen malam nanti.



Selepas pulang dari solat sunat aidilfitri, mereka berdua sibuk melayani kanak-kanak yang datang berhari raya. Seperti biasa, setiap kali kanak-kanak yang datang beraya balik. Mereka berdua pula akan sambung makan.
“You nak tak rendang daging ni?” Yasmeen memandang ke arah Ariel yang sudah siap menunggu di meja makan.
“You pun I nak jugak.”
“Ishh, merepek tak sudah dari tadi.” Rendang disudu masuk ke dalam piring Ariel yang berisi lemang. “Ibu dan abah tak mahu makan ke?”
“Layanlah Ariel tu, ibu dengan abah ni dah tak larat nak makan. Perut kami ni dah sendat dengan lemang. Abah kamu ni pun dah mula bisa-bisa makan lemang banyak sangat.”
“Dengar tu Ariel, perut you je yang tak penuh-penuh lagi.” Perut Ariel ditepuk perlahan tetapi belum sempat menarik tangannya. Ariel terlebih dahulu memegangnya.
“Lepaslah... I nak makan ni.”
Ariel mengelengkan kepala. “I boleh suapkan you.”
“Malulah... ibu dan abah tengok.” Geram pun ada, dari pagi tadi Ariel ni merepek tak sudah. Ada saja yang hendak dibuatnya.
“Sini I suapkan. Aaaaaa...” Ariel menyuruh Yasmeen membuka mulutnya.
“Suruh I nganga, tapi kenapa you pun sama?”
“Hmm... sedapnya rendang daging ni.”
“Tak aci! You main tipu.”
“Along, kak Meen! Ooooo berasmara dana dekat sini ya? Kitaorang ni punyalah lama tunggu kat rumah.”
“Mak, abah.” Yasmeen bangun menuju ke arah emak dan bapa mertuanya yang datang bertandang. Ariel punya fasallah ni, dari lepas solat aidilfitri lagi dia sudah ajak ke rumah mereka. Tetapi Ariel pula sibuk makan tak berhenti dari tadi.
“Along cepat salam. Nak duit raya sekali.” Munirah ni manjanya mengalahkan adik dia si Amin tu.
Yasmeen mengelengkan kepala dengan perangai Munirah.
“Kak Meen pun tak dapat ngah.”
“Sayang... untuk you mestilah ada. Tapi nantilah I bagi.”
“Kenapa nanti pulak?”
“Entah Along ni, macam tak ikhlas aja.”
“Apa pulak, along nak tengok prestasi kak Meen dulu. Kalau memuaskan, bolehlah bagi.”
“Bencilah...”
Tangan emak dan abah dia salam memohon maaf jika ada kesalahan. “Jomlah mak, abah kita makan.”
“Jom-jom makan. Kalau kita berborak aja di sini memang tak makan jawabnya.” Encik Dzulkefli mengajak besannya untuk ke meja makan.
“Ha’a jom mak, abah.” Ariel mempelawa emak dah abah ke meja makan. Inilah hari raya yang paling bahagia sepanjang hidupnya. Dia ada keluarga besar yang harmoni dan ada Yasmeen yang sentiasa ada di sini. 
Tengoklah tu gelak ketawa Yasmeen yang sedang mengautkan lauk rendang ke pinggan emak. Wajahnya lembut dan kerlipan matanya juga memercikkan cahaya kebahagian kepada semua orang. Inilah janjinya, dia mahu menyambut hari raya aidilfitri ini tahun-tahun yang akan datang. Dia akan pastikan itu.

Friday 31 May 2013

Bab 20: Cerita Buat Kekasih


“Ariel, Nur Tasnim ada ayah dan urusan tu arwah dah sediakan dari awal.”

Alamak, aku tersalah cakap ke? Dia kenal sangat dengan wajah tidak puas hati Yasmeen. Ariel menyumpah dalam hati. Kenapalah dia tidak peka dengan sikap Yasmeen. Yasmeen bukanlah perempuan yang akan mengharapkan Ehsan atau bantuan daripada orang lain. Jati diri Yasmeen tu sangat tinggi!

“Meen, bukan itu maksud I.” Tolonglah Yasmeen jangan salah faham.

“I tak boleh terima apa saja bantuan you.” Dia tak boleh terima!

“Okey tak apa kalau you tak boleh terima. Boleh aja kan tambah seekor lagi kambing.” Ariel tetap tidak mahu berputus asa walau pun dia tahu ideanya ini akan ditolak mentah-mentah oleh Yasmeen.

Di tingkat atas. Munirah memegang kepalanya dengan perasaan geram. Along ni tak cerdik langsung! Tak kanlah hendak sembelih dua ekor kambing masa majlis aqiqah Nur Tasnim nanti. Skrin handphonenya ditekan pantas.

Along, buat apa nak dua ekor kambing. Cari idea lain!

Ariel yang duduk di tingkat bawah memegang telefon bimbitnya yang berbunyi sebentar tadi. Dia nampak pesanan SMS daripada Munirah.

Cepat-cepat fikir untuk along!!!

Munirah gigit bibir geram. Mana dia skill kasanova along ni? Idea mengorat yang paling simple pun dia tak boleh fikir.

Sejak bila along jadi kasanova pencen ni?

Angah, tolong jangan bebel. Cepat tolong bagi idea.

Ariel memandang bayi comel di atas ribanya. Sebelah tangan memangku Nur Tasnim dan sebelah tangan lagi membalas SMS Munirah. Matanya sesekali memandang ke arah Yasmeen yang sudah seperti sami dengan benda warna coklat yang tercalit di dahinya. Kenapa tak calit di pipinya? Tiba-tiba muncul soalan kurang bernas dari kepala otaknya.

“Meen macam nilah. Kalau you tak kisah, boleh tak I dengan angah nak sponsor door gift.” Wajah Yasmeen dipandang sekilas sebelum menyambung semula kata-katanya. “Please...” baru soal ‘kambing’ belum lagi soal insuran peribadi dan pendidikan untuk Nur Tasnim. Shhh dia sudah ada perancangan jangka panjang untuk si comel ni.

Yasmeen diam. Ariel yang sedang memangku Nur Tasnim di atas ribanya di pandang. Serba salah juga dia dengan permintaan Ariel ni. Dia bukannya apa, kalau boleh tak mahu menyusahkan sesiapa. Nur Tasnim itu anaknya dan dia juga tahu dia baru dua bulan lebih kematian suaminya. Dia tidak mahu dikatakan  mengambil kesempatan atas limpahan kasih sayang yang diberikan oleh Ariel.            

Di tingkat atas. Sudah berkali-kali Munirah mengetuk kepalanya dengan kelembapan abangnya yang seorang ni. Along ni macam baru kenal kak Yasmeen semalam. Bentak Munirah dalam hati. Tak boleh jadi ni!

“Alah kak Meen, please... kita boleh buat door gift tu sama-sama.”

Yasmeen memandang Munirah yang sedah melangkah menuruni tangga. Eh budak ni curi dengar apa? Bukan tadi kata nak naik atas? Bila masa pula dia tahu apa kita orang tengah bincangkan ni.

“Akak, kalau boleh tak nak lah susahkan semua orang.” Balas Yasmeen serba salah. Susah betul dua beradik ni nak faham. “Lagi pun setakat buat door gift tu, Kak Meen banyak ajak stok lebih order orang tu.” Dia banyak simpan ready made stock untuk door gift orang kahwin.

“Alah Kak Meen, hari tu angah ada nampak di facebook kalau untuk majlis aqiqah ada door gift design lain. Ada door gift dalam kereta sorong baby yang comel.” Umpan Munirah lagi sambil matanya menjegil ke arah Ariel. Mujur Yasmeen tidak perasaan bahasa isyarat yang mereka gunakan.

“Oh ya lah, tadi angah ada cakap dengan along yang angah nak belajar juga buat door gift untuk angah kahwin nanti kan?” nasib kaulah Munirah. Ariel tersenyum sumbing membalas kerlingan tajam Munirah.

“Angah nak kahwin?” soal Yasmeen sambil memandang ke arah Munirah mohon kepastian.

“Betulkan cerita angah tadi?” Ariel menganggukkan kepala kepada memberi isyarat kepada Munirah untuk mengiakan kata-katanya. Please angah kali ini aja.

“Bukanlah sekarang Kak Meen. Nanti-nanti maksud angah.” Siaplah... lepas ni bukan setakat handbag Coach yang dia minta. Dia hendak minta clutch warna silver dari Anya Hindmarch. Biar buntang biji mata Along sebab kena pau.

“Oh kalau macam tu, Kak Meen okey aja.”

Ariel tersenyum senang hati. Tak dapat beri kambing, sekurang-kurangnya dia boleh sumbangkan door gift pada majlis aqiqah si comel ni. Esok-esok bila sudah semakin rapat dengan Yasmeen bolehlah dia cocok jarum pula untuk insuran peribadi dan pendidikan Nur Tasnim. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya ini. Walau pun Nur Tasnim ni anak orang, kasihnya tetap sama. Sama dengan kasihnya kepada Yasmeen.

Tuesday 14 May 2013

Bab 19: Cerita Buat Kekasih



“Assalammualaikum.” Munirah memberi salam sambil membuka pintu pagar rumah.
Ariel mengekori Munirah dari belakang. Tangannya menjijit plastik lut sinar Big Apple. Dia belum lupa lagi kegemaran Yasmeen. Classic donut, itulah yang Yasmeen suka. Dia harap Yasmeen masih mempunyai kegemaran yang sama.
“Allah along!”
Ariel berdiri terkejut di belakang Munirah yang tiba-tiba saja menoleh ke belakang. “Angah lupa nak beritahu kak Meen yang along nak datang hari ni.”
Hish budak ni! “Along dah SMS kak Meen lah.” Tak boleh diharap langsung Munirah ni. Memang dia dah jangka dan sebab itulah dia siap-siap SMS Yasmeen tadi.
“Waalaikummusalam, masuklah.”
“Kak Meen mana kak Rozi?”
“Tengah bersiap kat atas tu. Jemputlah duduk.” Kak Rozi mempelawa lelaki yang dikatakan abang sulung kepada Munirah. Dia tidak tahu apa hubungan mereka tetapi dia dapat merasakan yang mereka ini semua adalah orang yang rapat dengan Yasmeen.
“Terima kasih kak.” Ariel mengucapkan terima kasih dan mengambil tempat di salah satu sofa yang menghadap ke arah peti televisyen. Plastik Big Apple dia letakkan di atas meja kopi hadapannya. Munirah sudah hilang entah ke mana, mungkin mengambil Nur Tasnim agaknya.
“Akak ke belakang dulu ya. Sekejap lagi keluarlah Yasmeen tu”
Tidak lama selepas itu dia mengangkap suara ketawa Yasmeen yang perlahan bersambung dengan ketawa Munirah yang sedikit kuat. Apalah nak jadi dengan Munirah ni, sepatutnya dia yang kena lebih sopan. Ini tidak, Yasmeen yang nampak lebih sopan dari dia.
“Hai.” Sapa Yasmeen dalam senyuman.
“Hai.” Matanya ingin memandang Yasmeen tetapi dia takut dengan perasaannya sendiri. Yasmeen tu kan ada tempat istimewa dalam hatinya sampai bila-bila dan dia juga harus menjaga batasnya.
“Nah along, Nur Tasnim ni tengah mabuk susu.”
“Hah mabuk susu?” ada ke? Eh minum susu boleh mabuk ke? Berkerut-kerut dahi Ariel memandang Yasmeen dan Munirah silih berganti. Tetapi apabila dia memandang Nur Tasnim, mata anak kecil itu memandangnya tidak berkelip. MasyaAllah, dia tidak tahu hendak luahkan bagaimana perasaannya saat ini. Apa yang dia tahu dia sangat sayangkan Nur Tasnim bukan kerana dia sayangkan Yasmeen.
“Assalamualaikum sayang daddy.” Pipi Nur Tasnim dia cium lembut dan penuh kasih sayang.
Yasmeen ketawa sambil mengelengkan kepala. Ariel ni orangnya sangat berhati-hati. Itu yang dia boleh simpulkan. Sebenarnya sebelum ini Ariel ada menghantarkan pesanan SMS meminta kebenaran untuk mengelarkan dirinya daddy dan juga ingin menjadi bapa angkat kepada Nur Tasnim. Dia tidak kisah pun.
Sah Munirah menipu! Ariel memandang geram ke arah Munirah yang tersenyum nakal.
“Mana ada mabuk susu. Pandai ajalah angah ni. Dia nampak Nur Tasnim muak susu lepas sendawa, terus dia kata mabuk susu.” 
“Angah ni...”
“Along tu, kalau fasal Nur Tasnim aja bukan main lagi risaunya.”
“Mestilah kan sayang.” Jari telunjukkan kelihatan besar di wajah kecil Nur Tasnim.
“Meen bila kita nak buat kenduri Aqiqah untuk Nur Tasnim?” Ariel mengangkat pandangan ke arah Yasmeen sebelum dia memandang Nur Tasnim kembali.
Kita? Yasmeen memandang Ariel yang masih leka dengan Nur Tasnim. Kita?
“I dah suruh abah booking kambing dengan Wak Kambing.”
Bulat mata Yasmeen memandang Ariel. Okey dia tak boleh terima, dia bukannya miskin. Nur Tasnim bukannya anak terbuang hingga perlu diberikan kambing dan hingga ada orang lain yang suka hati membuat keputusan untuknya.
“Angah naik ataslah dulu.” Munirah menarik diri dari perbincangan yang dia rasakan agak panas ni. Tengok mata kak Yasmeen yang membulat tu pun dia sudah tahu. Along ni gelojoh dan tak belajar dari kesilapan yang lepas!

Thursday 21 March 2013

Bab 18: Cerita Buat Kekasih


Petang tu Sebelum pukul 5.00 petang dia sudah keluar dari pejabatnya yang terletak di Petaling Jaya Seksyen 13. Mujurlah petang ni tak hujan, jadi bolehlah dia bergegas ke KL dan sampai tepat pada masanya. Federal Highway masih lagi lancar walau pun sudah banyak kenderaan bertali arus menuju ke arah Kuala Lumpur.
“Angah, along dah keluar office. Dah bagitahu kak Meen ke along nak datang ni?”
“Dah...”
“Angah jangan lambat tau.”
“Ya...”
“Kalau lambat nanti jalan jam.”
“Kalau along letak telefon, angah boleh cepat siap kerja. Bila kerja cepat siap, angah boleh balik on time.”
“Oh okey.” Patutlah makcik ni moody, mesti tengah banyak kerja.
Lagi lima minit ke pukul 6.00 petang dia sudah sampai di hadapan pejabat Munirah. Tak sabarnya hendak jumpa Nur Tasnim. Penat dia menahan perasaan selama sebulan tidak berjumpa, maklumlah dalam tempoh itu Yasmeen kan sedang berpantang. Jadi dia tak mahu menganggu. Dia takut kehadirannya akan menambah sedih di hati Yasmeen.
Tuk, tuk, tuk.
Kunci pintu kereta dia buka. Munirah terus masuk dan duduk. Kalau tak kerana Nur Tasnim jangan haraplah Ariel hendak meredah kesesakkan lalu lintas ke Kuala Lumpur. Selalunya dialah yang dipaksa naik Putra LRT ke stesen Asia Jaya dan Ariel akan mengambilnya di situ.
“Kenapa along baik sangat hari ni?”
Ariel tersenyum kecil. “Cik adik, bagilah salam dulu.”
“Hi along.”
“Itu salam ke?”
“Hish... assalamualaikum along!” sengaja suaranya ditinggikan sedikit.
Ketawanya terhambur keluar. “Tak baik marah-marah angah, nanti cepat tua. Dahlah belum kahwin.”
“Bab kahwin tu sensitif ya.”
Ketawa Ariel masih lagi bersambung. “Ya lah, ya lah.” Orang perempuan ni memang sensitif kut kalau tiba bab kahwin. Lagi-lagi si Munirah ni, kalau kita sebut soal kahwin sensitifnya bukan main!
“Kak Meen macam mana?”
Munirah menoleh memandang Ariel yang sedang memandu di sebelah. Kadang-kadang dia tak faham dengan tingkah abangnya. Kenapa melepaskan jika cinta?
“Nur Tasnim macam mana?”
“Along nak angah jawab yang mana satu dulu? Kak Meen atau Nur Tasnim?” padahalnya hari-hari dia update along tentang mereka berdua. Masih lagi ingin bertanya.
“Nur Tasnim makin comel long, kadang-kadang tu angah rasa nak picit-picit aja pipi tembam dia. Along tengok tak instagram angah?”
“Hmm..”
“Gambar Nur Tasnim tengah tidur menongeng. Comel sangat.”
Ariel menganggukkan kepala. Gambar itulah yang membuatkan dia semakin tidak sabar hendak menatap wajah si comel.
“Kak Meen pun dah slim dan makin comel.” Perlahan saja Munirah bersuara dan hampir tidak kedengaran.
Ariel mendiamkan diri, dia tidak mahu komen apa-apa. Bahaya! Lagi pun tak manis dia nak komen mengenai Yasmeen yang baru kematian suami tu. Jadi biarlah komen tentang Yasmeen tu dia siampan sendiri dalam hati.
“Along...”
“Ya.”
“Dengar tak angah kata, kak Meen makin comel.”
“Dengar.”
“Tak nak komen apa-apa ke?”
Betullah adiknya yang seorang ni. Hendak dimarah dia bukan budak kecil lagi, bila tidak ditegur mulutnya tu macam murai bertanya itu ini. Ikutkan hatinya macam-macam yang hendak ditazkirahkan pada Munirah tetapi apabila memikirkan Munirah saja sumber maklumatnya, semua itu dia tahan dalam hati.
“Tak ada apa nak komen ngah.” Akhirnya itulah yang dia jawab supaya dapat menutup mulut Munirah.
“Along, nanti kita share beli bunga telur nak tak?”
“Hah? Bunga telur? Angah nak kahwin ke?” hampir terlepas stering kereta dari pegangan tangannya dengan permintaan Munirah sebentar tadi.
“Bukan untuk angah, ni untuk majlis akikah Nur Tasnim. Boleh ya along?”
“Oh okey, ajaklah kak Meen pergi beli.” Faham benar dia dengan perangai Yasmeen yang sedikit cerewet bab kerja tangan ni. Maklumlah syarikat dia kan menguruskan perkara yang begitu.
“Minggu depan nak kita pergi sekali?”
“Okey je.”

Tuesday 19 February 2013

Bab 17: Cerita Buat Kekasih



Masuk ke ruangan kafeteria, memang kebetulan ada beberapa pekerja kilang yang sedang duduk minum petang. Mungkin dari syif pagi, entahlah dia bukan tahu sangat tentang bahagian production ni. Hidungnya sudah kembang kincup menahan senyuman ketika sedang berjalan beriringan dengan Ariel.
“Encik Ariel nak kuih apa? I tolong belikan.”
“Tak apa, I beli kan. You nak apa?”
“Apa-apa ajalah.”
Ariel menuju ke kauter makanan. Di situ ada kuih cucur badak, karipap dan popiah. Dia pilih dua ketul cucur badak, popiah goreng dan kuih karipap beserta dua gelas teh tarik. Selepas membayar harga kuih dan air dia menatang talam yang berisi piring kuih dan air teh tarik menuju ke meja yang terletak di tengah kafeteria.
“I tak tau you suka apa, jadi I pilih semua.”
“I okey aje.” Balas Zetty dalam senyuman yang berbunga.
“Jemputlah makan.” Pelawa Ariel selepas dilihatnya Zetty hanya meneguk teh tarik.
Sambil makan mereka berbual tentang kerja dan ketika sampai ke suapan cucur badak yang terakhir, telefon bimbitnya berbunyi. “Sekejap ya Zetty.”
Skrin Samsung Galaxy S III di sentuh. “Assalamualaikum angah.”
“Along kat mana ni?”
“Office, kenapa? Nur Tasnim sihat?” jarang Munirah hendak menelefon waktu begini.
“Sihat... Nur Tasnim minum susu banyak tau along. Dua jam sekali dia nak minum susu. Kadang-kadang kesian kak Meen kena bangun tengah malam.”
“Kenapa angah tak tolong.”
“Nur Tasnim nak minum susulah...” along ni macam tak faham pula yang Nur Tasnim tu minum susu ibu.
“Oh okey.”
“Angah dengan kak Meen pun sihat, just in case kalau along nak tahu.”
Ariel ketawa perlahan. “Ada apa call along ni?”
“Ni hah semalam, kak Meen kata nak cari kerja. Kut-kut kalau ada kosong kat office kawan-kawan along, bolehlah bagi kat kak Meen.”
“Kenapa pula nak kak Meen nak cari kerja?” setahunya Yasmeen berniaga bersama dengan Aiman.
Zetty memasang telinga mendengar perbualan di antara Ariel dan adiknya, mungkinlah kut sebab sudah ber‘along’ dan ber‘angah’. Tetapi siapa pula kak Meen dan Nur Tasnim tu? Wah ramai betul nama perempuan yang disebut oleh Ariel. Teh tarik yang tinggal separuh dihirupnya perlahan dan masih mengamati perbualan Ariel dengan adiknya.
“Kak Meen kan dah ada Nur Tasnim, mungkin dia nak cari pendapatan lebih.”
“Ya lah, nanti along tolong tanyakan. Between malam ni along datang rumah. Mak kak Meen dah balik ke belum?” sudah sebulan Yasmeen keluar dari hospital dan sepanjang tempoh itu memang dia tidak ke rumah Yasmeen. Tapi jangan bimbang kerana ada Munirah yang akan tolong update cerita terkini Nur Tasnim dan mummynya. Kadang-kadang gambar botol susu Nur Tasnim pun dia MMS kan.
“Dah balik dua hari lepas. Kak Meen pun dah sihat dah, makcik Fatimah pun baliklah kampung tapi kak Rozi adalah.”
Ariel tersenyum lebar. Lega sikit hatinya apabila tahu bekas mak mertuanya itu sudah balik kampung. Dia tak selesa betul jika ada kehadiran mereka. Lagi-lagi bekas bapa mertuanya tu. Kak Rozi bidan yang diupah oleh Yasmeen tu dia tidaklah kisahkan sangat. “Angah balik sama dengan alonglah.”
“Ya lah, along jangan lambat pulak.”
“Okey, kita jumpa after office ya.” Ariel meletakkan telefonnya atas meja dan meneguk teh tarikh yang sudah sejuk.
“Adik ke?”
“Ha’a.”
“Mesti encik Ariel ni abang yang baik.”
Ariel terenyum kecil. “Biasa aja.” Zetty tidak kenal dia yang dahulu dan tidak perlu juga kenal dia yang sekarang. “Jomlah, kita ada kerja ni.” Sambung Ariel sebelum Zetty bertanyakan yang bukan-bukan.
“Okey.” Senyuman Zetty bertambah lebar setiap kali berpapasan dengan pekerja dari bahagian production dan management office. Siapa yang tak bangga kalau dapat keluar makan dengan big boss yang ada jawatan tinggi.

Thursday 7 February 2013

Cinta Sang Pari-Pari ~ Maya Adileah



BAB 1
Darin membelek imej yang terpantul di hadapannya, hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidupnya. Hari di mana dia bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Farhan. Kebaya yang diperbuat dari kain lace perancis warna biru laut itu tersarung cantik di tubuhnya. Debaran di dada tak usah cerita.
Sekejap saja lagi. pujuk hati kepada diri sendiri. Sesekali matanya memandang jam di tangan, sudah melewati masa setengah jam seperti yang dijanjikan. MasyaAllah mana pula Farhan ni pergi, segera telefon bimbit di capai. Berkali-kali nombor telefon Farhan di dail, tetapi hampa tiada jawapan.
Along sudah dua kali menjenguknya di dalam bilik, angah pula tidak senang duduk mengalahkan dia yang hendak bernikah. Kegelisahan juga terlukis di wajah papa dan mama. Mana Farhan ni? Sekali lagi nombor Farhan didail tetapi hampa kerana tidak berjawab. Dia takut ada sesuatu yang buruk berlaku pada Farhan. Maklumlah orang-orang tua selalu menyebut, orang yang bertunang darahnya manis jadi mudah mendapat kemalangan.
Tiba-tiba ada pesanan SMS masuk. Ya Allah! selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku, segala-galanya kelam dan gelap gelita. Ketika dia mula membuka mata, seluruh ahli keluarga berada di sisinya. Malu, itulah yang dia rasakan saat ini. Teringat kata-kata papa sebelum pertunangannya dahulu.
“Rin, betul-betul nak kahwin dengan Farhan ke?” soal papa pada satu malam itu pun selepas dia mogok selama seminggu. Kerana permintaannya untuk hidup bersama dengan Farhan mendapat tentangan. Bila ditanya pada papa, mengapa dia menolak Farhan. Papa hanya menyatakan yang dia tidak sedap hati. Pelik, tetapi sekarang bukan lagi pelik. Mungkin benar firasat papa satu masa dahulu.
Seminggu telah berlalu, masih terbayang diruang mata khemah yang gah terpasang. Bilik pengantin yang terhias indah begitu juga dengan pelamin yang megah terletak di ruang tamu. Malah masih dapat dirasakan lagi kelembutan kain lace perancis yang dijadikan pakaian untuk majlis pernikahan. Oh Tuhan, sesungguhnya dugaan ini maha berat untuk dia tanggung seorang diri.
Kiriman SMS yang diterima pada hari yang sepatutnya berlangsung majlis pernikahan telah membawa pergi seluruh kekuatannya. Pergi dibawa angin, malah dirinya sendiri berkurung di dalam bilik.
Darin, maaf  saya tak dapat nak teruskan pernikahan ini.
SMS yang diterima daripada Farhan itu benar-benar memberikan tamparan yang hebat dan dia pengsan buat seketika. Selepas abang Long menelefon pihak keluarga Farhan, barulah dia tahu duduk perkara yang sebenar. Mudahnya lelaki mengatur kehidupan. Mereka fikir perempuan ini lemah dan boleh diperkotak katikkan sesuka hati. Hey perempuan bukan lemah tahu!
Menangis air mata darah sekali pun tidak mampu membersihkan lumpur yang terpalit di muka keluarganya. Jika tidak sabar, silap hari bulan dia sudah bunuh diri. Okey, jangan fikirkan perkara yang negative di saat hati sedang meratap pilu.
Mujurlah dia bukan perempuan yang hatinya mudah hanyut. Dia jenis yang kuat semangat dan tidak cepat berputus asa. Semua orang kenal dengan dirinya yang penuh sifat juang. Pantang dicabar dan pantang juga dijatuhkan maruahnya.



Lihatlah… perkara pertama yang dilakukan selepas peristiwa hitam itu adalah membina semula hidup yang baru. Hidup yang baru, rutin yang baru, segala-galanya baru adalah untuk sebuah sinar kehidupan yang dia ingin bina semula. Dia tidak mahu terus dibelengu oleh kisah hitam itu.
Minggu lepas dia sudah hantar notis berhenti kerja 24 jam dia hantar pagi tu siap dengan wang pampas an dua bulan gaji. Dia ingin berhenti kerja dan memulakan kehidupan baru di tempat yang baru. Di tempat di mana tidak ada orang mengenalinya.
Hanya bertawakal kepada Allah, dia memberanikan diri menerima tawaran kerja dari sebuah syarikat arkitek. Bukan di Kuala Lumpur, bukan juga di kawasan yang berhampiran. Tetapi di Kuang, Sungai Buloh.
“Cik Darin, tahniah saya ucapkan kerana sudi menerima tawaran kami.”
Darin duduk mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh tuan Muzaffar yang juga merupakan pengerusi kepada Muzaffar Interior Design (MID). Pembantu Peribadi kepada seorang ketua arkitek. Dia okey saja, lagipun Kuang tu bukanlah jauh sangat. Masih dalam Malaysia kan. Kiranya lebih dekatlah kalau hendak disbandingkan dengan Angah yang kerja di luar Negara tu.
“Terima kasih tuan kerana menawarkan saya jawatan tu. Insya-Allah saya akan bekerja bersungguh-sungguh.” Janji Darin dengan penuh bersemangat.
Sedikit sebanyak dia telah dimaklumkan oleh Zakiah, pegawai bahagian sumber manusia. Zafryl bin Muzaffar adalah anak tunggal kepada tuan Muzaffar. Kenapa Zafryl tidak bekerja di ibu pejabat tidak pula diberitahu kepadanya.
Tetapi peliklah! Siapa Zafryl? Bos barunya ini? Dan kenapa dia jadi begitu ya? Ego tinggi mengalahkan langgit ke tujuh! Tahu tak Zafryl ni tinggal dalam hutan belantara! Okey tipu, belukar mungkin. Macam mana ya dia hendak jelaskan, mungkin konsep rumah dusun atau rumah hantu?. Sudahlah duduk jauh di tengah hutan, terasing pulak tu. Hari ini pula adalah hari pertama dia disini, dia sampai sebelum tengahari dan tunggulah malam nanti. Malam nanti barulah boleh tahu ada hantu ke tidak. Entah-entah Zafryl tu yang hantu!
Di rumah besar ini cuma ada makcik Nab sebagai pembantu rumah, suaminya pakcik Musa sebagai pemandu merangkap tukang kebun, lepas tu dia sebagai Pembantu Peribadi ke pada Zafryl.
Memanglah rumah ini cantik sekali senibinanya, malah tempat yang bakal menjadi tempat kegemarannya adalah di bahagian belakang rumah. Ada sebuah pondok kecil yang menghadap ke sebatang anak sungai yang cantik dan jernih.
Rumah dua tingkat ini sederhana besar cukup selesa untuk mereka berempat. Malah rumah ini juga berekaan moden dan yang pentingnya dia dah jatuh hati pada rumah ini ketika pertama kali memandangnya. Bahagian bawah rumah ini berdinding kaca di bahagian dapur membawa hingga ke ruang makan. Ruang makannya pula menghadap ke arah taman yang direka indah.
Keliling rumah ini dipenuhi dengan pokok yang meredupkan suasananya. Jika dilihat dari bahagian depan memang tidak nampak rumah cantik ni. mungkin dibina begitu untuk privasi. Sesuailah dengan perangai Zafryl yang confirmed tak bercampur dengan orang tu.

Monday 4 February 2013

Bab 16: Cerita Buat Kekasih

Aku ingin menghapuskan rasa resahnya
Aku ingin menghapuskan duka laranya
Aku ingin mengesat airmatanya jika dia menangis
Aku ingin menjadi bahu untuknya melepaskan lelah
Aku ingin ketawa bersamanya
Aku ingin menangis bersamanya
Aku ingin bahagia bersama dia
Aku ingin berkongsi mimpi ini dengan dia
Aku ingin melakar canvas putih ini bersama dengan dia
Hanya dia...
dia, yang pernah aku lepaskan.

Ariel