3 Tahun sebelum
1 Syawal 1432
Baju kurung birus firus yang sudah bergosok kemas
itu dia gantungkan di sebelah baju Melayu dari warna yang sama tetapi tona warna
yang berbeza. Telefon bimbit yang sejak tadi dia biarkan saja di atas side
table dicapai dan tangannya leka mencari aplikasi kamera. Telefon bimbit
dihalakan ke arah baju kurung dan baju Melayu yang sedang bergantungan itu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Itulah status facebook yang dia update pada pagi
1 Syawal tu.
Tidak sampai lima minit selepas itu status
facebook nya telah dikomen oleh M.A.S (Muhammad Ariel Sazali). Itu adalah nama rahsia Ariel di facebook dan hanya dia seorang dalam 'friend list' Ariel.
Selamat Hari Raya Aidilfitri sayang...
Mengada-ngada! Balasnya geram. Sejak dua menjak
ni bukan main lagi orang tu. Mentang-mentanglah mereka sudah berbaik beberapa
bulan sebelum Ramadhan.
“Ehem.”
Pantas kepalanya menoleh ke belakang apabila
terdengar suara berdehem di hadapan pintu bilik. “Selamat Hari Raya Aidilfitri
Meen.” Ucap Ariel sekali lagi
“Selamat Hari Raya Ariel.” Balas Yasmeen dalam
senyum yang berbunga-bunga. “Siaplah cepat, nak pergi solat Aidilfitri kan?”
“Meen ikut sekali?”
“Ya.”
Ariel yang sudah siap berbaju Melayu Johor warna
biru memandang Yasmeen di hadapannya melalui
cermin dressing table. Senyumannya berbunga-bunga. Yasmeen manis sangat
dengan warna biru. “Thanks sayang.” Kedua belah tangannya memegang bahu Yasmeen
dari belakang dan kemudian memeluknya erat.
Yasmeen senyum bahagia membalas ucapan terima
kasih Ariel. “Nak duit raya?” telapak tangannya dihulurkan ke arah Ariel yang terbias melalui cermin di hadapan mereka.
“Boleh.” Ariel menunjukkan pipi kanannya.
“Gatal! Orang nak pergi solat Aidilfitri lah.”
“Belum ambik wuduk kan?” balas Ariel dalam
senyuman yang berbunga-bunga. “Mintak maaf dengan suami pun belum.”
“Cepat duduk.”
“Amboi, raya-raya pun nak garang. Gigit karang
baru tahu.” Walau pun begitu tarikan Yasmeen ke katil dia ikut dengan penuh
rela dan senyuman yang semakin berbunga-bunga.
“Tunggulah malam sikit sayang, kita nak gi solat
ni.”
“Suruh duduklah, I nak mintak maaf ni.”
“Cakaplah nak mintak maaf, tiba-tiba ajak ke
katil. Ingatkan nak ajak buat benda lain.”
“Teruk betullah you ni.”
“Cepat, mintak maaf dengan suami.” Ariel
menghulurkan tangannya ke arah Yasmeen yang sedang duduk berlutut di
hadapannya.
“Ariel, I mintak maaf kalau ada salah dan silap
sepanjang jadi isteri you. Maaf, I tak pernah jadi isteri yang sempurna untuk
you.” Tangan Ariel dikucup perlahan dan penuh rasa cinta. Inilah takdir yang
pada awalnya dia tidak terima tetapi inilah perkara paling bahagia yang dia pernah
lalui. Ada suka, duka dalam perkahwinan ini yang semakin mematangkan mereka.
“Yasmeen, you adalah wanita yang sempurna sebagai
isteri I. I pun nak mintak maaf sebab masa awal perkahwinan kita dahulu, I
selalu sakitkan hati you. Selalu buat you sedih dan I nak you jadi isteri I
sampai bila-bila.” Dia mengucup lembut dahi Yasmeen. Lembut wangian yang
Yasmeen gunakan menyerap masuk ke hidungnya.
"Nak duit raya boleh?"
"Kalau you nak I sekali pun boleh. Duit raya dengan I datang satu pakej."
"Ala... bolehlah sayang."
"Lembutnya dia... tapi tak cukup lembut nak cairkan hati I." balas Ariel dalam senyuman. sengaja hendak tengok Yasmeen yang nanti akan merajuk.
"Eee... nak bagi duit raya pun berkira."
"Mestilah."
"Dengan isteri sendiri pun nak berkira. Nak merajuklah..."
"Meen, Ariel... dah lewat nak ke masjid ni." panggil puan Fatimah dari hadapan pintu bilik.
"Kejap Ibu, Meen tengah pakai tudung ni." balas Ariel pantas.
"Dahlah... I nak merajuk."
Ariel ketawa perlahan. sebenarnya awal-awal lagi dia sudah siapkan duit raya untuk Yasmeen. Siap dengan pakej holiday ke Pangkor Laut lagi. Tetapi biarlah... dia hendak surprise kan Yasmeen malam nanti.
Selepas pulang dari solat sunat aidilfitri,
mereka berdua sibuk melayani kanak-kanak yang datang berhari raya. Seperti
biasa, setiap kali kanak-kanak yang datang beraya balik. Mereka berdua pula
akan sambung makan.
“You nak tak rendang daging ni?” Yasmeen
memandang ke arah Ariel yang sudah siap menunggu di meja makan.
“You pun I nak jugak.”
“Ishh, merepek tak sudah dari tadi.” Rendang
disudu masuk ke dalam piring Ariel yang berisi lemang. “Ibu dan abah tak mahu
makan ke?”
“Layanlah Ariel tu, ibu dengan abah ni dah tak
larat nak makan. Perut kami ni dah sendat dengan lemang. Abah kamu ni pun dah
mula bisa-bisa makan lemang banyak sangat.”
“Dengar tu Ariel, perut you je yang tak
penuh-penuh lagi.” Perut Ariel ditepuk perlahan tetapi belum sempat menarik
tangannya. Ariel terlebih dahulu memegangnya.
“Lepaslah... I nak makan ni.”
Ariel mengelengkan kepala. “I boleh suapkan you.”
“Malulah... ibu dan abah tengok.” Geram pun ada,
dari pagi tadi Ariel ni merepek tak sudah. Ada saja yang hendak dibuatnya.
“Sini I suapkan. Aaaaaa...” Ariel menyuruh
Yasmeen membuka mulutnya.
“Suruh I nganga, tapi kenapa you pun sama?”
“Hmm... sedapnya rendang daging ni.”
“Tak aci! You main tipu.”
“Along, kak Meen! Ooooo berasmara dana dekat sini
ya? Kitaorang ni punyalah lama tunggu kat rumah.”
“Mak, abah.” Yasmeen bangun menuju ke arah emak
dan bapa mertuanya yang datang bertandang. Ariel punya fasallah ni, dari lepas
solat aidilfitri lagi dia sudah ajak ke rumah mereka. Tetapi Ariel pula sibuk
makan tak berhenti dari tadi.
“Along cepat salam. Nak duit raya sekali.”
Munirah ni manjanya mengalahkan adik dia si Amin tu.
Yasmeen mengelengkan kepala dengan perangai
Munirah.
“Kak Meen pun tak dapat ngah.”
“Sayang... untuk you mestilah ada. Tapi nantilah
I bagi.”
“Kenapa nanti pulak?”
“Entah Along ni, macam tak ikhlas aja.”
“Apa pulak, along nak tengok prestasi kak Meen
dulu. Kalau memuaskan, bolehlah bagi.”
“Bencilah...”
Tangan emak dan abah dia salam memohon maaf jika
ada kesalahan. “Jomlah mak, abah kita makan.”
“Jom-jom makan. Kalau kita berborak aja di sini
memang tak makan jawabnya.” Encik Dzulkefli mengajak besannya untuk ke meja
makan.
“Ha’a jom mak, abah.” Ariel mempelawa emak dah
abah ke meja makan. Inilah hari raya yang paling bahagia sepanjang hidupnya.
Dia ada keluarga besar yang harmoni dan ada Yasmeen yang sentiasa ada di sini.
Tengoklah tu gelak
ketawa Yasmeen yang sedang mengautkan lauk rendang ke pinggan emak. Wajahnya
lembut dan kerlipan matanya juga memercikkan cahaya kebahagian kepada semua
orang. Inilah janjinya, dia mahu menyambut hari raya aidilfitri ini tahun-tahun
yang akan datang. Dia akan pastikan itu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecerita ni sebelum dia orang bercerai lah kan!
ReplyDeleteya noname.
ReplyDeleteAkk ingt yasmeen akn jadi isteri adam....
ReplyDeleteSaya baru lepas bace PAAB ni.. saya kesian la kat Ariel sbb dia dah nyesal n mintak maaf.. kan bagus n best klu meen baik semula dgn ariel.. adam tu carikanlah pasagan lain..hihihi..
ReplyDeleteSaya baru lepas bace PAAB ni.. saya kesian la kat Ariel sbb dia dah nyesal n mintak maaf.. kan bagus n best klu meen baik semula dgn ariel.. adam tu carikanlah pasagan lain..hihihi..
ReplyDelete