Followers

Thursday 15 August 2013

EDISI KHAS AIDILFITRI - Pada Angin Aku Berpesan


3 Tahun sebelum
1 Syawal 1432
 
Baju kurung birus firus yang sudah bergosok kemas itu dia gantungkan di sebelah baju Melayu dari warna yang sama tetapi tona warna yang berbeza. Telefon bimbit yang sejak tadi dia biarkan saja di atas side table dicapai dan tangannya leka mencari aplikasi kamera. Telefon bimbit dihalakan ke arah baju kurung dan baju Melayu yang sedang bergantungan itu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Itulah status facebook yang dia update pada pagi 1 Syawal tu.
Tidak sampai lima minit selepas itu status facebook nya telah dikomen oleh M.A.S (Muhammad Ariel Sazali). Itu adalah nama rahsia Ariel di facebook dan hanya dia seorang dalam 'friend list' Ariel.
Selamat Hari Raya Aidilfitri sayang...
Mengada-ngada! Balasnya geram. Sejak dua menjak ni bukan main lagi orang tu. Mentang-mentanglah mereka sudah berbaik beberapa bulan sebelum Ramadhan.
“Ehem.”
Pantas kepalanya menoleh ke belakang apabila terdengar suara berdehem di hadapan pintu bilik. “Selamat Hari Raya Aidilfitri Meen.” Ucap Ariel sekali lagi
“Selamat Hari Raya Ariel.” Balas Yasmeen dalam senyum yang berbunga-bunga. “Siaplah cepat, nak pergi solat Aidilfitri kan?”
“Meen ikut sekali?”
“Ya.”
Ariel yang sudah siap berbaju Melayu Johor warna biru memandang Yasmeen di hadapannya melalui  cermin dressing table. Senyumannya berbunga-bunga. Yasmeen manis sangat dengan warna biru. “Thanks sayang.” Kedua belah tangannya memegang bahu Yasmeen dari belakang dan kemudian memeluknya erat.
Yasmeen senyum bahagia membalas ucapan terima kasih Ariel. “Nak duit raya?” telapak tangannya dihulurkan ke arah Ariel yang terbias melalui cermin di hadapan mereka.
“Boleh.” Ariel menunjukkan pipi kanannya.
“Gatal! Orang nak pergi solat Aidilfitri lah.”
“Belum ambik wuduk kan?” balas Ariel dalam senyuman yang berbunga-bunga. “Mintak maaf dengan suami pun belum.”
“Cepat duduk.”
“Amboi, raya-raya pun nak garang. Gigit karang baru tahu.” Walau pun begitu tarikan Yasmeen ke katil dia ikut dengan penuh rela dan senyuman yang semakin berbunga-bunga.
“Tunggulah malam sikit sayang, kita nak gi solat ni.”
“Suruh duduklah, I nak mintak maaf ni.”
“Cakaplah nak mintak maaf, tiba-tiba ajak ke katil. Ingatkan nak ajak buat benda lain.”
“Teruk betullah you ni.”
“Cepat, mintak maaf dengan suami.” Ariel menghulurkan tangannya ke arah Yasmeen yang sedang duduk berlutut di hadapannya.
“Ariel, I mintak maaf kalau ada salah dan silap sepanjang jadi isteri you. Maaf, I tak pernah jadi isteri yang sempurna untuk you.” Tangan Ariel dikucup perlahan dan penuh rasa cinta. Inilah takdir yang pada awalnya dia tidak terima tetapi inilah perkara paling bahagia yang dia pernah lalui. Ada suka, duka dalam perkahwinan ini yang semakin mematangkan mereka.
“Yasmeen, you adalah wanita yang sempurna sebagai isteri I. I pun nak mintak maaf sebab masa awal perkahwinan kita dahulu, I selalu sakitkan hati you. Selalu buat you sedih dan I nak you jadi isteri I sampai bila-bila.” Dia mengucup lembut dahi Yasmeen. Lembut wangian yang Yasmeen gunakan menyerap masuk ke hidungnya.
"Nak duit raya boleh?"
"Kalau you nak I sekali pun boleh. Duit raya dengan I datang satu pakej."
"Ala... bolehlah sayang."
"Lembutnya dia... tapi tak cukup lembut nak cairkan hati I." balas Ariel dalam senyuman. sengaja hendak tengok Yasmeen yang nanti akan merajuk.
"Eee... nak bagi duit raya pun berkira."
 "Mestilah."
"Dengan isteri sendiri pun nak berkira. Nak merajuklah..."
"Meen, Ariel... dah lewat nak ke masjid ni." panggil puan Fatimah dari hadapan pintu bilik.
"Kejap Ibu, Meen tengah pakai tudung ni." balas Ariel pantas.
"Dahlah... I nak merajuk."
Ariel ketawa perlahan. sebenarnya awal-awal lagi dia sudah siapkan duit raya untuk Yasmeen. Siap dengan pakej holiday ke Pangkor Laut lagi. Tetapi biarlah... dia hendak surprise kan Yasmeen malam nanti.



Selepas pulang dari solat sunat aidilfitri, mereka berdua sibuk melayani kanak-kanak yang datang berhari raya. Seperti biasa, setiap kali kanak-kanak yang datang beraya balik. Mereka berdua pula akan sambung makan.
“You nak tak rendang daging ni?” Yasmeen memandang ke arah Ariel yang sudah siap menunggu di meja makan.
“You pun I nak jugak.”
“Ishh, merepek tak sudah dari tadi.” Rendang disudu masuk ke dalam piring Ariel yang berisi lemang. “Ibu dan abah tak mahu makan ke?”
“Layanlah Ariel tu, ibu dengan abah ni dah tak larat nak makan. Perut kami ni dah sendat dengan lemang. Abah kamu ni pun dah mula bisa-bisa makan lemang banyak sangat.”
“Dengar tu Ariel, perut you je yang tak penuh-penuh lagi.” Perut Ariel ditepuk perlahan tetapi belum sempat menarik tangannya. Ariel terlebih dahulu memegangnya.
“Lepaslah... I nak makan ni.”
Ariel mengelengkan kepala. “I boleh suapkan you.”
“Malulah... ibu dan abah tengok.” Geram pun ada, dari pagi tadi Ariel ni merepek tak sudah. Ada saja yang hendak dibuatnya.
“Sini I suapkan. Aaaaaa...” Ariel menyuruh Yasmeen membuka mulutnya.
“Suruh I nganga, tapi kenapa you pun sama?”
“Hmm... sedapnya rendang daging ni.”
“Tak aci! You main tipu.”
“Along, kak Meen! Ooooo berasmara dana dekat sini ya? Kitaorang ni punyalah lama tunggu kat rumah.”
“Mak, abah.” Yasmeen bangun menuju ke arah emak dan bapa mertuanya yang datang bertandang. Ariel punya fasallah ni, dari lepas solat aidilfitri lagi dia sudah ajak ke rumah mereka. Tetapi Ariel pula sibuk makan tak berhenti dari tadi.
“Along cepat salam. Nak duit raya sekali.” Munirah ni manjanya mengalahkan adik dia si Amin tu.
Yasmeen mengelengkan kepala dengan perangai Munirah.
“Kak Meen pun tak dapat ngah.”
“Sayang... untuk you mestilah ada. Tapi nantilah I bagi.”
“Kenapa nanti pulak?”
“Entah Along ni, macam tak ikhlas aja.”
“Apa pulak, along nak tengok prestasi kak Meen dulu. Kalau memuaskan, bolehlah bagi.”
“Bencilah...”
Tangan emak dan abah dia salam memohon maaf jika ada kesalahan. “Jomlah mak, abah kita makan.”
“Jom-jom makan. Kalau kita berborak aja di sini memang tak makan jawabnya.” Encik Dzulkefli mengajak besannya untuk ke meja makan.
“Ha’a jom mak, abah.” Ariel mempelawa emak dah abah ke meja makan. Inilah hari raya yang paling bahagia sepanjang hidupnya. Dia ada keluarga besar yang harmoni dan ada Yasmeen yang sentiasa ada di sini. 
Tengoklah tu gelak ketawa Yasmeen yang sedang mengautkan lauk rendang ke pinggan emak. Wajahnya lembut dan kerlipan matanya juga memercikkan cahaya kebahagian kepada semua orang. Inilah janjinya, dia mahu menyambut hari raya aidilfitri ini tahun-tahun yang akan datang. Dia akan pastikan itu.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cerita ni sebelum dia orang bercerai lah kan!

    ReplyDelete
  3. Akk ingt yasmeen akn jadi isteri adam....

    ReplyDelete
  4. Saya baru lepas bace PAAB ni.. saya kesian la kat Ariel sbb dia dah nyesal n mintak maaf.. kan bagus n best klu meen baik semula dgn ariel.. adam tu carikanlah pasagan lain..hihihi..

    ReplyDelete
  5. Saya baru lepas bace PAAB ni.. saya kesian la kat Ariel sbb dia dah nyesal n mintak maaf.. kan bagus n best klu meen baik semula dgn ariel.. adam tu carikanlah pasagan lain..hihihi..

    ReplyDelete