Followers

Thursday 24 May 2012

Bab 5: Cerita Buat Kekasih

Hatinya bagai puing puing pasir yang ditiup angin terbang ke langit biru ketika mendengar suara Ariel membacakan iqamat. Ya Allah, andainya saat ini ada Adam tentu rasanya berbeza. Tentu dia tidak rasa seperti ini. Tentu dia bahagia kerana menghadiahkan zuriat kepada Adam.
Kak Meen...” Munira memegang tangan Yasmeen apabila melihat keruh di wajah ibu muda ini. Kasihan... tetapi dia tak mampu berbuat apa-apa.
“Kak Meen, nanti angah tolong jaga anak kak Meen boleh?”
Udara terasa berbuku di dada. Helaan nafasnya terasa berat. Permintaan Munira tu membuatkan dadanya semakin sesak. Bertambah sesak apabila memandang Ariel yang masih ralit memandang anak dalam kendongannya.
Tasnim, ertinya air di syurga yang mengalir dari atas. You are my treasure, a blessing from Allah. Subhanallah, memandang Tasnim dalam dakapan Ariel membuatkan dia sangat-sangat bersyukur dengan keajaiban Allah.
“Apa nama anak kak Meen ni?”
Yasmeen mengangkat pandangan memandang Munira. Ariel pula memasang telinga.
“Tasnim, air di syurga yang mengalir dari atas.”
“Sedap nama tu.” Ariel mencium lembut dahi kecil Tasnim yang masih berada dalam dukungannya. Jika boleh dia ingin menjadi bapa angkat kepada anak kecil ini. Boleh ka?
“Sedap nama tu kak Meen. Kita boleh selalu panggil dia dengan nama penuh.”
Yasmeen tersenyum. Teringat ketika dia dan Adam berbincang tentang pemberian nama Tasnim dua minggu sebelum Adam meninggalkan mereka berdua. Yasmeen, sudahlah... hati, sudahlah berbisik tentang Adam! Tetapi manalah dia boleh paksa hati dan perasaan ini untuk lupakan Adam. Adam tu papa kepada Tasnim dan suami kepadanya. Perjalanan mereka berdua sebelum ini tidak juga mudah. Semua orang tahu apa yang terjadi dalam kisah cintanya. Bagaimana mereka terpisah, bagaimana sakit yang dilaluinya, bagaimana hatinya pernah goyah.
“Meen, kalau you izinkan boleh tak I jadi bapa angkat kepada Tasnim?”
Munira memandang Ariel seketika sebelum dia memandang Yasmeen. Keadaan sudah berbezakan dan dia tetap sayangkan mereka berdua.
Boleh apa salahnya.” Jika Adam ada, tentu dia juga tak ada masalah. Selepas apa yang pernah berlaku dalam kisah cinta mereka, mereka berdua meletakkan kata percaya’ di tangga yang teratas. Tidak ada apa yang boleh mengugat cinta mereka.
“Terima kasih.”
“Along, sudah-sudahlah kendong Tasnim tu. Angah pun nak rasa juga peluk dan cium Tasnim.”
“Tasnim, anak daddy. InsyaAllah daddy akan berikan kasih sayang seorang ayah dan akan laksanan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Daddy sayangkan Tasnim.” Kata-kata itu dia bisikkan dalam hati ketika mencium dahi Tasnim sekali lagi. Wanginya bau bayi yang baru lahir, bau dari syurga!
“Along.” Bentak Munira separuh menjerit.
“Shhh...” balas Ariel sambil perlahan-lahan melepaskan Tasnim ke dalam pelukan Munira.
“Kak Meen, wangi betul bau bayi yang baru lahir kan. Betullah kata orang yang bayi baru lahir ni membawa bau dari syurga.”
Yasmeen tersenyum. “Bau yang susah kita nak jelaskan, betul tak?”
Munira menganggukkan kepala. Tasnim yang dia kendong tadi di letakkan semula ke dalam baby cot. “Kak Meen kalau nak letih pergilah rehat. Biar angah tolong tengokkan Tasnim.”
“Along balik dulu, jaga Tasnim tu elok-elok.” Munira ni kaki tidur. Kalau dalam bilik aircond macam ni, memang sedaplah dia tidur.
“Jaga Tasnim aja ke? Mummy Tasnim?”
“Tasnim dan Kak Meen kan satu pakej.” Munira ni tak berubah langsung!
“Okey, okey, angah jaga semua orang.”
“Meen I ada kerja ni, I balik dulu ya. Nanti malam I singgah sekejap.”
“Eh tak apalah Ariel, kalau you sibuk. Datang ajalah esok.”
“I datang malam nanti.” Dia sudah rasa tak boleh berenggang dengan Tasnim. Kalau boleh dia hendak peluk Tasnim dan menghirup baunya yang wangi. “You rehat ya.” Sambung Ariel lagi sebelum dia keluar.

10 comments:

  1. Assalamualaikum Adileah...seronok sangat ada kesinambungan kesah Ariel & Yasmeen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. doakan semuanya berjalan lancar ya :D apa pun thanks jugak sbb baca kisah yang sebelum.

      Delete
  2. Yeahhhh...hope ada sinar bahagia di hujung sana yang menanti Ariel & Yasmeen...:)

    ReplyDelete
  3. jom tengok awan.. kot2 ada bahagia di situ :D hehehe

    ReplyDelete
  4. sgt3 ska nvel pd angin ak bpsan...so,really cant wait for the next bab...keep on going.!
    :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sbb suka novel pada angin aku berpesan. Wish me luck ya. insyaAllah

      Delete
  5. kak,,bila nk sambung bab 6,, dah xsabar ni..
    best sgt pada angin aku berpesan,,dah byk kali ulang baca..skrang pun tgh baca..best sesgt..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nia tq tau... :D insyaAllah nanti akak sambung.

      Delete
  6. me too.cant wait for the next chap.:D

    ReplyDelete