Ariel tidak datang dengan tangan kosong.
Sebaliknya satu jambangan bunga lili di letakkan di atas meja dalam bilik
Yasmeen. Ariel memang ada kelebihan kerana dia tahu apa saja yang menjadi
kegemaran Yasmeen. Dia datang dengan niat hendak melawat. Tak salah kan?
“Maaf I datang tak beritahu.”
“Tak apa, sudi juga you datang.” Balas Yasmeen
sambil memandang Munira. Dia seperti dapat merasakan yang Munira juga memainkan
peranan dalam insiden kedatangan Ariel. Ketika kedua ibu bapanya di suruh
pulang ke rumah.
Sungguh! Ariel kelihatan salah tingkah. Semuanya
serba tak kena. Yasmeen yang dulu dan yang sekarang tetap juga memberikan impak
dalam hatinya.
“Mana baby ni Kak Meen?”
“Kejap lagi nurse hantar lah tu.”
“Kita dua orang dah tak sabar nak tengok baby.
Mesti comel macam kak Meen.”
“Akak comel ke?” balas Yasmeen dalam senyuman.
“Comel, tak percaya tanya along.” Balas Munira
tidak mahu kalah.
Ariel hanya tersenyum membalas kata-kata Munira.
“Kak Meen nak rehat tu angah.”
“Ya lah, ya lah... angah turun dululah beli
makanan sekejap.”
“Biar
along yang turun. Angah jaga kak Meen.”
Apabila pintu bilik ditutup oleh Ariel, Yasmeen
terus menyoal Munira. Betul pun tekaannya Munira dapat habuan besar kerana
membantu Ariel.
“Maaflah kak Meen, angah tak sampai hati nak kata
‘jangan datang along.’” Yasmeen tak tahu apa yang pernah dilalui oleh Ariel
selepas perpisahannya dengan Yasmeen. Orang lain mungkin tidak tahu apa yang
terjadi tetapi dia tahu semua yang dilalui oleh Ariel.
Rasa bersalah dengan dosa-dosa yang mengekorinya,
rasa luka kerana berpisah dengan isteri yang dia sebenarnya sangat sayang.
Belum habis yang itu, Ariel mengejutkan mereka semua dengan keputusannya untuk
berkahwin dengan Nelly. Yasmeen tidak tahu semua itu!
Ada rengekan kecil ketika dia melangkah masuk ke
dalam bilik wad Yasmeen. Ada suara yang begitu menenangkan. Dia jadi teringat pada
pesanan abah Yasmeen, untuk tolong azan dan iqamatkan cucu sulongnya.
MasyaAllah, nikmatnya dia tak tahu nak gambarkan. Seperti anak itu adalah
anaknya sendiir!
“Assalamualaikum.” Sapa Ariel perlahan dan
berhati-hati. Dia takut suaranya yang kuat akan menambahkan lagi jeritan bayi
kecil tu.
“Masuklah along.”
Orang sudah masuklah angah! Seronoknya dia lihat
perempuan dua orang ni mengulit bayi kecil yang matanya masih lagi belum
dibuka.
“Meen, abah you minta tolong I azan dan iqamatkan
anak you ni.”
Yasmeen yang ketika itu sedang mengelus perlahan
kepala bayi kecilnya tersentak sedikit. Allah... dia belum bersedia menghadapi
saat ini. Dia belum bersedia berhadapan dengan perkara seperti ini ketika Adam
tidak ada bersamanya. Wajah yang tadinya ceria bertukar mendung.
Munira yang tadinya juga ralit melihat bayi kecil
comel dalam kendongan Yasmeen turut mengesan perubahan airmuka bekas kakak
iparnya itu. Kepalanya diangkat memandang ke arah Ariel. Mata mereka
bertentangan dan dalam masa yang sama Yasmeen sedang menahan tangisannya
sendiri.
awak, kita suka cerita ni. suka bahasa awaK juga..tapi kita tak pernah baca novel awak lagi..ni sambungan nya ya?
ReplyDeletekenapa awak tak baca? bacalah hehehehee between nak kata kan sambungan pun tak cuma another chapter je kot
Delete