"One
way ticket to Los Angeles next month, 1st July." Beg sandangnya dipeluk
erat walaupun dia tahu kaunter tiket MAS di KL Sentral ini ada pengawal
keselamatan.
"Hanya ada flight pukul 11.00 pagi saja cik."
"Okey
boleh." Kalau boleh dia mahu segera terbang. Tapi ke negara USA tu dia
perlukan visa. Jadi dia perlukan lebih masa untuk buat persediaan.
"Flight MH92 dari Kuala Lumpur ke Los Angeles (LAX) pukul 11.00 pagi dan dijangka tiba di LAX jam 14.45 waktu sana."
"Okey."
"Harga tiket RM2873. Sila berikan nama penuh ya cik."
"Azalea Mohammad."
Duit
simpanan ASB yang dia keluarkan tadi berjumlah RM5000 dan tadi dia
mintak petugas di kaunter asingkan dalam bentuk RM1000 untuk setiap
ikatan kertas tu. Jadi tiga ikatan ditarik keluar. Mereka bertukar tiket
dan duit.
"Permohonan visa boleh dibuat di US embassy ya. Cik ikut saja penerangan ni."
Petugas
di kaunter tiket menyerah sehelai kertas yang sudah disiapkan informasi
mengenai permohonan visa. Oh dia perlu sediakan duit untuk permohonan
visa ini. Tak apalah, fikirnya. Dalam simpan masih ada lagi bagi dalam
RM2000 lebih. Dalam akaun bank BSN rasanya ada dalam RM1500. cukuplah
untuk digunakan dalam proses pelarian ini.
Ini adalah bunga Azalea yang akan berbunga apabila tiba musim bunga. Ia lebih bersifat kepada bunga yang mudah hidup dalam semua keadaan. Pada zaman dahulu, bunga Azalea ni biasanya tumbuh di tepi-tepi pokok atau di lereng bukit.
di negara Korea, Kelopak bunga Azalea ini dijadikan diletakkan dalam pancake. tengoklah tu comel aja kan. psstt... agak-agak boleh tak saya letakkan bunga ros atas pancake saya? hmmm kena cuba ni kan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita baharu ya :) Bagus!
ReplyDeleteHihihi kita main2 je
ReplyDeleteLia...tetiba saya bagaikan teringat seorang penulis yang famous awal tahunan 90an...namanya seperti azalea juga...moga terus diberi idea utk mencanai karya baru...:D
ReplyDeleteInsyaAllah.. cerita ni tak ada arah nya lagi. masih belum tahu hendak ke mana perginya.
ReplyDeletenia azalea-sya suke cara pnulisan nye...smbung la lg,cam best jer cte ni..
ReplyDeleteinsyaallah :D
Deletekak lia,
ReplyDeleterasanya bukan azalea sahaja yang berlari ni. tuan punya cerita pun sedang dalam pelarian. kan? hikss.. ;) kita tunggu update baru!