“Ariel, Nur Tasnim ada ayah dan urusan tu arwah
dah sediakan dari awal.”
Alamak, aku tersalah cakap ke? Dia kenal sangat
dengan wajah tidak puas hati Yasmeen. Ariel menyumpah dalam hati. Kenapalah dia
tidak peka dengan sikap Yasmeen. Yasmeen bukanlah perempuan yang akan
mengharapkan Ehsan atau bantuan daripada orang lain. Jati diri Yasmeen tu
sangat tinggi!
“Meen, bukan itu maksud I.” Tolonglah Yasmeen
jangan salah faham.
“I tak boleh terima apa saja bantuan you.” Dia
tak boleh terima!
“Okey tak apa kalau you tak boleh terima. Boleh
aja kan tambah seekor lagi kambing.” Ariel tetap tidak mahu berputus asa walau
pun dia tahu ideanya ini akan ditolak mentah-mentah oleh Yasmeen.
Di tingkat atas. Munirah memegang kepalanya dengan
perasaan geram. Along ni tak cerdik langsung! Tak kanlah hendak sembelih dua
ekor kambing masa majlis aqiqah Nur Tasnim nanti. Skrin handphonenya ditekan
pantas.
Along,
buat apa nak dua ekor kambing. Cari idea lain!
Ariel yang duduk di tingkat bawah memegang
telefon bimbitnya yang berbunyi sebentar tadi. Dia nampak pesanan SMS daripada
Munirah.
Cepat-cepat
fikir untuk along!!!
Munirah gigit bibir geram. Mana dia skill
kasanova along ni? Idea mengorat yang paling simple pun dia tak boleh fikir.
Sejak
bila along jadi kasanova pencen ni?
Angah,
tolong jangan bebel. Cepat tolong bagi idea.
Ariel memandang bayi comel di atas ribanya.
Sebelah tangan memangku Nur Tasnim dan sebelah tangan lagi membalas SMS
Munirah. Matanya sesekali memandang ke arah Yasmeen yang sudah seperti sami
dengan benda warna coklat yang tercalit di dahinya. Kenapa tak calit di
pipinya? Tiba-tiba muncul soalan kurang bernas dari kepala otaknya.
“Meen macam nilah. Kalau you tak kisah, boleh tak
I dengan angah nak sponsor door gift.” Wajah Yasmeen dipandang sekilas sebelum
menyambung semula kata-katanya. “Please...” baru soal ‘kambing’ belum lagi soal
insuran peribadi dan pendidikan untuk Nur Tasnim. Shhh dia sudah ada
perancangan jangka panjang untuk si comel ni.
Yasmeen diam. Ariel yang sedang memangku Nur
Tasnim di atas ribanya di pandang. Serba salah juga dia dengan permintaan Ariel
ni. Dia bukannya apa, kalau boleh tak mahu menyusahkan sesiapa. Nur Tasnim itu
anaknya dan dia juga tahu dia baru dua bulan lebih kematian suaminya. Dia tidak
mahu dikatakan mengambil kesempatan atas
limpahan kasih sayang yang diberikan oleh Ariel.
Di tingkat atas. Sudah berkali-kali Munirah
mengetuk kepalanya dengan kelembapan abangnya yang seorang ni. Along ni macam
baru kenal kak Yasmeen semalam. Bentak Munirah dalam hati. Tak boleh jadi ni!
“Alah kak Meen, please... kita boleh buat door
gift tu sama-sama.”
Yasmeen memandang Munirah yang sedah melangkah
menuruni tangga. Eh budak ni curi dengar apa? Bukan tadi kata nak naik atas?
Bila masa pula dia tahu apa kita orang tengah bincangkan ni.
“Akak, kalau boleh tak nak lah susahkan semua
orang.” Balas Yasmeen serba salah. Susah betul dua beradik ni nak faham. “Lagi
pun setakat buat door gift tu, Kak Meen banyak ajak stok lebih order orang tu.”
Dia banyak simpan ready made stock untuk door gift orang kahwin.
“Alah Kak Meen, hari tu angah ada nampak di
facebook kalau untuk majlis aqiqah ada door gift design lain. Ada door gift
dalam kereta sorong baby yang comel.” Umpan Munirah lagi sambil matanya
menjegil ke arah Ariel. Mujur Yasmeen tidak perasaan bahasa isyarat yang mereka
gunakan.
“Oh ya lah, tadi angah ada cakap dengan along
yang angah nak belajar juga buat door gift untuk angah kahwin nanti kan?” nasib
kaulah Munirah. Ariel tersenyum sumbing membalas kerlingan tajam Munirah.
“Angah nak kahwin?” soal Yasmeen sambil memandang
ke arah Munirah mohon kepastian.
“Betulkan cerita angah tadi?” Ariel menganggukkan
kepala kepada memberi isyarat kepada Munirah untuk mengiakan kata-katanya.
Please angah kali ini aja.
“Bukanlah sekarang Kak Meen. Nanti-nanti maksud
angah.” Siaplah... lepas ni bukan setakat handbag Coach yang dia minta. Dia
hendak minta clutch warna silver dari Anya Hindmarch. Biar buntang biji mata
Along sebab kena pau.
“Oh kalau macam tu, Kak Meen okey aja.”
Ariel tersenyum senang hati. Tak dapat beri
kambing, sekurang-kurangnya dia boleh sumbangkan door gift pada majlis aqiqah
si comel ni. Esok-esok bila sudah semakin rapat dengan Yasmeen bolehlah dia
cocok jarum pula untuk insuran peribadi dan pendidikan Nur Tasnim. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anaknya ini. Walau pun Nur Tasnim ni anak orang,
kasihnya tetap sama. Sama dengan kasihnya kepada Yasmeen.
keep writing ... fighting :D
ReplyDeletethank you :D
DeleteArghhh! Mohon dinovelkan dengan kadar segera! Terbaik kak!
ReplyDeleteAmer Mukhlis
TQ amer. insyaAllah :D
Deletesetuju dgn amer mukhlis. tak sabar nak tau kesudahan arielmien
ReplyDeletefitriyanti
fitiyanti, InsyaAllah
ReplyDelete