Followers

Friday 31 May 2013

Bab 20: Cerita Buat Kekasih


“Ariel, Nur Tasnim ada ayah dan urusan tu arwah dah sediakan dari awal.”

Alamak, aku tersalah cakap ke? Dia kenal sangat dengan wajah tidak puas hati Yasmeen. Ariel menyumpah dalam hati. Kenapalah dia tidak peka dengan sikap Yasmeen. Yasmeen bukanlah perempuan yang akan mengharapkan Ehsan atau bantuan daripada orang lain. Jati diri Yasmeen tu sangat tinggi!

“Meen, bukan itu maksud I.” Tolonglah Yasmeen jangan salah faham.

“I tak boleh terima apa saja bantuan you.” Dia tak boleh terima!

“Okey tak apa kalau you tak boleh terima. Boleh aja kan tambah seekor lagi kambing.” Ariel tetap tidak mahu berputus asa walau pun dia tahu ideanya ini akan ditolak mentah-mentah oleh Yasmeen.

Di tingkat atas. Munirah memegang kepalanya dengan perasaan geram. Along ni tak cerdik langsung! Tak kanlah hendak sembelih dua ekor kambing masa majlis aqiqah Nur Tasnim nanti. Skrin handphonenya ditekan pantas.

Along, buat apa nak dua ekor kambing. Cari idea lain!

Ariel yang duduk di tingkat bawah memegang telefon bimbitnya yang berbunyi sebentar tadi. Dia nampak pesanan SMS daripada Munirah.

Cepat-cepat fikir untuk along!!!

Munirah gigit bibir geram. Mana dia skill kasanova along ni? Idea mengorat yang paling simple pun dia tak boleh fikir.

Sejak bila along jadi kasanova pencen ni?

Angah, tolong jangan bebel. Cepat tolong bagi idea.

Ariel memandang bayi comel di atas ribanya. Sebelah tangan memangku Nur Tasnim dan sebelah tangan lagi membalas SMS Munirah. Matanya sesekali memandang ke arah Yasmeen yang sudah seperti sami dengan benda warna coklat yang tercalit di dahinya. Kenapa tak calit di pipinya? Tiba-tiba muncul soalan kurang bernas dari kepala otaknya.

“Meen macam nilah. Kalau you tak kisah, boleh tak I dengan angah nak sponsor door gift.” Wajah Yasmeen dipandang sekilas sebelum menyambung semula kata-katanya. “Please...” baru soal ‘kambing’ belum lagi soal insuran peribadi dan pendidikan untuk Nur Tasnim. Shhh dia sudah ada perancangan jangka panjang untuk si comel ni.

Yasmeen diam. Ariel yang sedang memangku Nur Tasnim di atas ribanya di pandang. Serba salah juga dia dengan permintaan Ariel ni. Dia bukannya apa, kalau boleh tak mahu menyusahkan sesiapa. Nur Tasnim itu anaknya dan dia juga tahu dia baru dua bulan lebih kematian suaminya. Dia tidak mahu dikatakan  mengambil kesempatan atas limpahan kasih sayang yang diberikan oleh Ariel.            

Di tingkat atas. Sudah berkali-kali Munirah mengetuk kepalanya dengan kelembapan abangnya yang seorang ni. Along ni macam baru kenal kak Yasmeen semalam. Bentak Munirah dalam hati. Tak boleh jadi ni!

“Alah kak Meen, please... kita boleh buat door gift tu sama-sama.”

Yasmeen memandang Munirah yang sedah melangkah menuruni tangga. Eh budak ni curi dengar apa? Bukan tadi kata nak naik atas? Bila masa pula dia tahu apa kita orang tengah bincangkan ni.

“Akak, kalau boleh tak nak lah susahkan semua orang.” Balas Yasmeen serba salah. Susah betul dua beradik ni nak faham. “Lagi pun setakat buat door gift tu, Kak Meen banyak ajak stok lebih order orang tu.” Dia banyak simpan ready made stock untuk door gift orang kahwin.

“Alah Kak Meen, hari tu angah ada nampak di facebook kalau untuk majlis aqiqah ada door gift design lain. Ada door gift dalam kereta sorong baby yang comel.” Umpan Munirah lagi sambil matanya menjegil ke arah Ariel. Mujur Yasmeen tidak perasaan bahasa isyarat yang mereka gunakan.

“Oh ya lah, tadi angah ada cakap dengan along yang angah nak belajar juga buat door gift untuk angah kahwin nanti kan?” nasib kaulah Munirah. Ariel tersenyum sumbing membalas kerlingan tajam Munirah.

“Angah nak kahwin?” soal Yasmeen sambil memandang ke arah Munirah mohon kepastian.

“Betulkan cerita angah tadi?” Ariel menganggukkan kepala kepada memberi isyarat kepada Munirah untuk mengiakan kata-katanya. Please angah kali ini aja.

“Bukanlah sekarang Kak Meen. Nanti-nanti maksud angah.” Siaplah... lepas ni bukan setakat handbag Coach yang dia minta. Dia hendak minta clutch warna silver dari Anya Hindmarch. Biar buntang biji mata Along sebab kena pau.

“Oh kalau macam tu, Kak Meen okey aja.”

Ariel tersenyum senang hati. Tak dapat beri kambing, sekurang-kurangnya dia boleh sumbangkan door gift pada majlis aqiqah si comel ni. Esok-esok bila sudah semakin rapat dengan Yasmeen bolehlah dia cocok jarum pula untuk insuran peribadi dan pendidikan Nur Tasnim. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya ini. Walau pun Nur Tasnim ni anak orang, kasihnya tetap sama. Sama dengan kasihnya kepada Yasmeen.

6 comments:

  1. keep writing ... fighting :D

    ReplyDelete
  2. Arghhh! Mohon dinovelkan dengan kadar segera! Terbaik kak!

    Amer Mukhlis

    ReplyDelete
  3. setuju dgn amer mukhlis. tak sabar nak tau kesudahan arielmien

    fitriyanti

    ReplyDelete