“Assalammualaikum.” Munirah memberi salam sambil
membuka pintu pagar rumah.
Ariel mengekori Munirah dari belakang. Tangannya
menjijit plastik lut sinar Big Apple. Dia belum lupa lagi kegemaran Yasmeen.
Classic donut, itulah yang Yasmeen suka. Dia harap Yasmeen masih mempunyai
kegemaran yang sama.
“Allah along!”
Ariel berdiri terkejut di belakang Munirah yang
tiba-tiba saja menoleh ke belakang. “Angah lupa nak beritahu kak Meen yang
along nak datang hari ni.”
Hish budak ni! “Along dah SMS kak Meen lah.” Tak
boleh diharap langsung Munirah ni. Memang dia dah jangka dan sebab itulah dia
siap-siap SMS Yasmeen tadi.
“Waalaikummusalam, masuklah.”
“Kak Meen mana kak Rozi?”
“Tengah bersiap kat atas tu. Jemputlah duduk.”
Kak Rozi mempelawa lelaki yang dikatakan abang sulung kepada Munirah. Dia tidak
tahu apa hubungan mereka tetapi dia dapat merasakan yang mereka ini semua
adalah orang yang rapat dengan Yasmeen.
“Terima kasih kak.” Ariel mengucapkan terima
kasih dan mengambil tempat di salah satu sofa yang menghadap ke arah peti televisyen.
Plastik Big Apple dia letakkan di atas meja kopi hadapannya. Munirah
sudah hilang entah ke mana, mungkin mengambil Nur Tasnim agaknya.
“Akak ke belakang dulu ya. Sekejap lagi keluarlah
Yasmeen tu”
Tidak lama selepas itu dia mengangkap suara
ketawa Yasmeen yang perlahan bersambung dengan ketawa Munirah yang sedikit
kuat. Apalah nak jadi dengan Munirah ni, sepatutnya dia yang kena lebih sopan.
Ini tidak, Yasmeen yang nampak lebih sopan dari dia.
“Hai.” Sapa Yasmeen dalam senyuman.
“Hai.” Matanya ingin memandang Yasmeen tetapi dia
takut dengan perasaannya sendiri. Yasmeen tu kan ada tempat istimewa dalam
hatinya sampai bila-bila dan dia juga harus menjaga batasnya.
“Nah along, Nur Tasnim ni tengah mabuk susu.”
“Hah mabuk susu?” ada ke? Eh minum susu boleh
mabuk ke? Berkerut-kerut dahi Ariel memandang Yasmeen dan Munirah silih
berganti. Tetapi apabila dia memandang Nur Tasnim, mata anak kecil itu
memandangnya tidak berkelip. MasyaAllah, dia tidak tahu hendak luahkan
bagaimana perasaannya saat ini. Apa yang dia tahu dia sangat sayangkan Nur
Tasnim bukan kerana dia sayangkan Yasmeen.
“Assalamualaikum sayang daddy.” Pipi Nur Tasnim
dia cium lembut dan penuh kasih sayang.
Yasmeen ketawa sambil mengelengkan kepala. Ariel ni orangnya sangat berhati-hati. Itu yang dia boleh simpulkan. Sebenarnya sebelum ini Ariel ada menghantarkan pesanan SMS meminta kebenaran untuk mengelarkan dirinya daddy dan juga ingin menjadi bapa angkat kepada Nur Tasnim. Dia tidak kisah pun.
Sah Munirah menipu! Ariel memandang geram ke arah Munirah yang tersenyum nakal.
“Mana ada mabuk susu. Pandai ajalah angah ni. Dia
nampak Nur Tasnim muak susu lepas sendawa, terus dia kata mabuk susu.”
“Angah ni...”
“Along tu, kalau fasal Nur Tasnim aja bukan main
lagi risaunya.”
“Mestilah kan sayang.” Jari telunjukkan kelihatan
besar di wajah kecil Nur Tasnim.
“Meen bila kita nak buat kenduri Aqiqah untuk Nur
Tasnim?” Ariel mengangkat pandangan ke arah Yasmeen sebelum dia memandang Nur
Tasnim kembali.
Kita? Yasmeen memandang Ariel yang masih leka
dengan Nur Tasnim. Kita?
“I dah suruh abah booking kambing dengan Wak
Kambing.”
Bulat mata Yasmeen memandang Ariel. Okey dia tak
boleh terima, dia bukannya miskin. Nur Tasnim bukannya anak terbuang hingga
perlu diberikan kambing dan hingga ada orang lain yang suka hati membuat
keputusan untuknya.
“Angah naik ataslah dulu.” Munirah menarik diri
dari perbincangan yang dia rasakan agak panas ni. Tengok mata kak Yasmeen yang
membulat tu pun dia sudah tahu. Along ni gelojoh dan tak belajar dari kesilapan
yang lepas!
Yeaaaaaaaaaaaaaaa...thanks Lia sebab ubat rindu kita pada Ariel-Yasmeen-Nur Tasnim..
ReplyDeleteSuka, suka, suka,,,,
hikhikhik :D doa kan je tau kita boleh tulis sikit2 walau pun lambat
Deletemiss so much about dis crita...cant wait for the next...
ReplyDeletefighting ~!!
thanks :D
ReplyDeletesebenarnya tak sabar tunggu crita ni. tp takpela, bia lmbat. asalkan bessss. tp tula...jd tak sabar pulak
ReplyDeletemimie sabar tu separuh dari iman tau... :D
Delete