Berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikulnya. Dia redha, inilah balasan Allah yang harus dia terima untuk segala
kekhilafannya. Dia gagal menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Dia
sepatutnya menjadi lelaki yang memimpin dan bukannya lelaki yang dipimpin oleh
wanita-wanita yang seksi dan menggoda. Salah satunya adalah Nelly.
Itu adalah Nelly yang dia kenal bertahun dulu.
Gebu, seksi, manja dan lincah. Tetapi Nelly yang menjadi isterinya hari ini kurus
kering dan terbaring lesu. Dada Nelly berombak perlahan menjadi perhatiannya.
Sekarang ini Nelly hanya bergantung kepada oksigen semata-mata.
Biarlah dia simpan rahsia Nelly dalam hatinya.
Nelly dia kahwini dengan seikhlas hati untuk menebus segala dosa yang pernah
mereka lakukan. Dia tidak akan bercerita bagaimana Nelly dihinggapi oleh
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) tu pada sesiapa pun. Itu adalah
rahsia yang dia akan simpan sampai mati kerana Nelly telah menjadi isterinya
dan satu tanggungjawab untuknya sebagai suami menutup cerita gelap sang isteri.
“Nel, I keluar sekejap ya.” Tekaknya haus
Pada saat kesihatan Nelly semakin merosot ini dia
telah mengambil cuti tanpa gaji. Dia akan jaga Nelly sampai akhir hayatnya.
Menurut doktor yang merawat Nelly, tahap kesihatannya semakin merosot. Tambahan
pula matanya yang cantik dahulu sudah tidak boleh melihat kerana komplikasi Cyromegalovirus
Retinitis.
Ya Allah, aku redha jika ini adalah jalan
terakhir untuk Nelly. Ketika dia hendak bergerak jauh dari katil, pipi cengkung
Nelly basah. Dia menangis. Tangisan Nelly tu seperti pisau yang menghiris
hatinya. Kepiluan itu terasa hingga ke tulang.
Nel, I tetap sayangkan you walau pun you I nikahi
pada awalnya atas dasar simpati dan sebagai penebus dosa. I ingin
bertanggungjawah ke atas you. Bisik Ariel dalam hati ketika dia berjalan
perlahan meninggalkan Nelly yang terbaring tidak bermaya.
Pintu bilik khas yang dia tutup tadi, dia buka
semula. Hatinya berat hendak meninggalkan Nelly pada saat genting seperti ini. Gerak
hatinya mengatakan saat Nelly semakin hampir dan dia tidak mahu Nelly pergi
tanpa dia di sisi.
Langkahnya diatur semula ke arah katil Nelly.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bau ubat sudah sebati dengan dirinya.
Atau lebih tepat apabila Nelly dimasukkan ke hospital sejak dua bulan lepas.
Sejak itu jugalah di sinilah rumahnya.
“Nel, I tak akan tinggalkan you.” Ya Allah, jika inilah jalan yang terbaik, aku
redha dengan seikhlas-ikhlasnya. “I sayangkan you.” Memang benar itu yang dia
maksudkan. Dia sayangkan Nelly. Sayangkan Nelly dengan seikhlas hatinya.
Ketika dia mengusap lembut menghapuskan air mata
yang mengalir di pipi cengkung Nelly. Dada Nelly berombak kuat. Melihat keadaan Nelly seperti ini dia sendiri
yang sebak. Sejak dia berkahwin dengan Nelly dan sejak berita penyakitnya ini
sampai ke pengetahuan ibu bapanya. Nelly disisihkan terus, kejam sungguh
percaturan manusia. Itu pun mereka tidak mengetahui punca Nelly dapat penyakit
ini. Cubalah kalau mereka tahu, tentu Nelly akan dihina dengan teruknya.
Tangan lemah Nelly teraba-raba mencari topeng
alat bantu pernafasan yang terlekat di hidungnya.
“Ada apa Nel?” telinganya di dekatkan pada Nel.
Tangan mereka bertautan walau dibatasi oleh sarung tangan keselamatan. Kudis
pada permukaan kulit kadang kala mengeluarkan bau hanyir. Mulanya dia rasa
loya, tetapi lama-kelamaan semua rasa itu dia telan sendiri demi Nelly.
“I mintak maaf Ariel, pada you... pada Yasmeen.
Ampun kan dosa I.” Bisik Nelly perlahan dan hampir tidak kedengaran.
“I dan Yasmeen dan maafkan you. Kami redha.” Dia
masih ingat lagi Yasmeen ada menghantar SMS memberitahu yang dia redha dan
maafkan Nelly untuk atas apa yang berlaku pada perkahwinan mereka sehari
selepas mereka sah bercerai."dan I juga dah maafkan you."
Suara Nelly semakin perlahan dan terputus-putus. Dadanya
semakin kuat berombak. “Doctor.” Jerit Ilham. Butang kecemasan dia tekan dalam
perasaan yang bercampur baru. Semuanya terjadi dalam sekelip mata.
Kak Lia sayang,
ReplyDeleteAriel ke Ilham? Ke nama hero ni Ariel Ilham or Ilham Ariel?
Akak, saya peminat novel Pada Angin Aku Berpesan! Mohon dinovelkan! Mohon! :)
ReplyDelete