Followers

Tuesday 19 February 2013

Bab 17: Cerita Buat Kekasih



Masuk ke ruangan kafeteria, memang kebetulan ada beberapa pekerja kilang yang sedang duduk minum petang. Mungkin dari syif pagi, entahlah dia bukan tahu sangat tentang bahagian production ni. Hidungnya sudah kembang kincup menahan senyuman ketika sedang berjalan beriringan dengan Ariel.
“Encik Ariel nak kuih apa? I tolong belikan.”
“Tak apa, I beli kan. You nak apa?”
“Apa-apa ajalah.”
Ariel menuju ke kauter makanan. Di situ ada kuih cucur badak, karipap dan popiah. Dia pilih dua ketul cucur badak, popiah goreng dan kuih karipap beserta dua gelas teh tarik. Selepas membayar harga kuih dan air dia menatang talam yang berisi piring kuih dan air teh tarik menuju ke meja yang terletak di tengah kafeteria.
“I tak tau you suka apa, jadi I pilih semua.”
“I okey aje.” Balas Zetty dalam senyuman yang berbunga.
“Jemputlah makan.” Pelawa Ariel selepas dilihatnya Zetty hanya meneguk teh tarik.
Sambil makan mereka berbual tentang kerja dan ketika sampai ke suapan cucur badak yang terakhir, telefon bimbitnya berbunyi. “Sekejap ya Zetty.”
Skrin Samsung Galaxy S III di sentuh. “Assalamualaikum angah.”
“Along kat mana ni?”
“Office, kenapa? Nur Tasnim sihat?” jarang Munirah hendak menelefon waktu begini.
“Sihat... Nur Tasnim minum susu banyak tau along. Dua jam sekali dia nak minum susu. Kadang-kadang kesian kak Meen kena bangun tengah malam.”
“Kenapa angah tak tolong.”
“Nur Tasnim nak minum susulah...” along ni macam tak faham pula yang Nur Tasnim tu minum susu ibu.
“Oh okey.”
“Angah dengan kak Meen pun sihat, just in case kalau along nak tahu.”
Ariel ketawa perlahan. “Ada apa call along ni?”
“Ni hah semalam, kak Meen kata nak cari kerja. Kut-kut kalau ada kosong kat office kawan-kawan along, bolehlah bagi kat kak Meen.”
“Kenapa pula nak kak Meen nak cari kerja?” setahunya Yasmeen berniaga bersama dengan Aiman.
Zetty memasang telinga mendengar perbualan di antara Ariel dan adiknya, mungkinlah kut sebab sudah ber‘along’ dan ber‘angah’. Tetapi siapa pula kak Meen dan Nur Tasnim tu? Wah ramai betul nama perempuan yang disebut oleh Ariel. Teh tarik yang tinggal separuh dihirupnya perlahan dan masih mengamati perbualan Ariel dengan adiknya.
“Kak Meen kan dah ada Nur Tasnim, mungkin dia nak cari pendapatan lebih.”
“Ya lah, nanti along tolong tanyakan. Between malam ni along datang rumah. Mak kak Meen dah balik ke belum?” sudah sebulan Yasmeen keluar dari hospital dan sepanjang tempoh itu memang dia tidak ke rumah Yasmeen. Tapi jangan bimbang kerana ada Munirah yang akan tolong update cerita terkini Nur Tasnim dan mummynya. Kadang-kadang gambar botol susu Nur Tasnim pun dia MMS kan.
“Dah balik dua hari lepas. Kak Meen pun dah sihat dah, makcik Fatimah pun baliklah kampung tapi kak Rozi adalah.”
Ariel tersenyum lebar. Lega sikit hatinya apabila tahu bekas mak mertuanya itu sudah balik kampung. Dia tak selesa betul jika ada kehadiran mereka. Lagi-lagi bekas bapa mertuanya tu. Kak Rozi bidan yang diupah oleh Yasmeen tu dia tidaklah kisahkan sangat. “Angah balik sama dengan alonglah.”
“Ya lah, along jangan lambat pulak.”
“Okey, kita jumpa after office ya.” Ariel meletakkan telefonnya atas meja dan meneguk teh tarikh yang sudah sejuk.
“Adik ke?”
“Ha’a.”
“Mesti encik Ariel ni abang yang baik.”
Ariel terenyum kecil. “Biasa aja.” Zetty tidak kenal dia yang dahulu dan tidak perlu juga kenal dia yang sekarang. “Jomlah, kita ada kerja ni.” Sambung Ariel sebelum Zetty bertanyakan yang bukan-bukan.
“Okey.” Senyuman Zetty bertambah lebar setiap kali berpapasan dengan pekerja dari bahagian production dan management office. Siapa yang tak bangga kalau dapat keluar makan dengan big boss yang ada jawatan tinggi.

4 comments:

  1. Thanks Lia,lepas lama x de update Ariel-Yasmeen..ubat rindu

    ReplyDelete
  2. thanks for this entry. jangan lama sangat utk next entry ya! rindu Ariel-Meen...

    kesian saya.. :)



    misha

    ReplyDelete