Followers

Thursday 7 February 2013

Cinta Sang Pari-Pari ~ Maya Adileah



BAB 1
Darin membelek imej yang terpantul di hadapannya, hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidupnya. Hari di mana dia bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Farhan. Kebaya yang diperbuat dari kain lace perancis warna biru laut itu tersarung cantik di tubuhnya. Debaran di dada tak usah cerita.
Sekejap saja lagi. pujuk hati kepada diri sendiri. Sesekali matanya memandang jam di tangan, sudah melewati masa setengah jam seperti yang dijanjikan. MasyaAllah mana pula Farhan ni pergi, segera telefon bimbit di capai. Berkali-kali nombor telefon Farhan di dail, tetapi hampa tiada jawapan.
Along sudah dua kali menjenguknya di dalam bilik, angah pula tidak senang duduk mengalahkan dia yang hendak bernikah. Kegelisahan juga terlukis di wajah papa dan mama. Mana Farhan ni? Sekali lagi nombor Farhan didail tetapi hampa kerana tidak berjawab. Dia takut ada sesuatu yang buruk berlaku pada Farhan. Maklumlah orang-orang tua selalu menyebut, orang yang bertunang darahnya manis jadi mudah mendapat kemalangan.
Tiba-tiba ada pesanan SMS masuk. Ya Allah! selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku, segala-galanya kelam dan gelap gelita. Ketika dia mula membuka mata, seluruh ahli keluarga berada di sisinya. Malu, itulah yang dia rasakan saat ini. Teringat kata-kata papa sebelum pertunangannya dahulu.
“Rin, betul-betul nak kahwin dengan Farhan ke?” soal papa pada satu malam itu pun selepas dia mogok selama seminggu. Kerana permintaannya untuk hidup bersama dengan Farhan mendapat tentangan. Bila ditanya pada papa, mengapa dia menolak Farhan. Papa hanya menyatakan yang dia tidak sedap hati. Pelik, tetapi sekarang bukan lagi pelik. Mungkin benar firasat papa satu masa dahulu.
Seminggu telah berlalu, masih terbayang diruang mata khemah yang gah terpasang. Bilik pengantin yang terhias indah begitu juga dengan pelamin yang megah terletak di ruang tamu. Malah masih dapat dirasakan lagi kelembutan kain lace perancis yang dijadikan pakaian untuk majlis pernikahan. Oh Tuhan, sesungguhnya dugaan ini maha berat untuk dia tanggung seorang diri.
Kiriman SMS yang diterima pada hari yang sepatutnya berlangsung majlis pernikahan telah membawa pergi seluruh kekuatannya. Pergi dibawa angin, malah dirinya sendiri berkurung di dalam bilik.
Darin, maaf  saya tak dapat nak teruskan pernikahan ini.
SMS yang diterima daripada Farhan itu benar-benar memberikan tamparan yang hebat dan dia pengsan buat seketika. Selepas abang Long menelefon pihak keluarga Farhan, barulah dia tahu duduk perkara yang sebenar. Mudahnya lelaki mengatur kehidupan. Mereka fikir perempuan ini lemah dan boleh diperkotak katikkan sesuka hati. Hey perempuan bukan lemah tahu!
Menangis air mata darah sekali pun tidak mampu membersihkan lumpur yang terpalit di muka keluarganya. Jika tidak sabar, silap hari bulan dia sudah bunuh diri. Okey, jangan fikirkan perkara yang negative di saat hati sedang meratap pilu.
Mujurlah dia bukan perempuan yang hatinya mudah hanyut. Dia jenis yang kuat semangat dan tidak cepat berputus asa. Semua orang kenal dengan dirinya yang penuh sifat juang. Pantang dicabar dan pantang juga dijatuhkan maruahnya.



Lihatlah… perkara pertama yang dilakukan selepas peristiwa hitam itu adalah membina semula hidup yang baru. Hidup yang baru, rutin yang baru, segala-galanya baru adalah untuk sebuah sinar kehidupan yang dia ingin bina semula. Dia tidak mahu terus dibelengu oleh kisah hitam itu.
Minggu lepas dia sudah hantar notis berhenti kerja 24 jam dia hantar pagi tu siap dengan wang pampas an dua bulan gaji. Dia ingin berhenti kerja dan memulakan kehidupan baru di tempat yang baru. Di tempat di mana tidak ada orang mengenalinya.
Hanya bertawakal kepada Allah, dia memberanikan diri menerima tawaran kerja dari sebuah syarikat arkitek. Bukan di Kuala Lumpur, bukan juga di kawasan yang berhampiran. Tetapi di Kuang, Sungai Buloh.
“Cik Darin, tahniah saya ucapkan kerana sudi menerima tawaran kami.”
Darin duduk mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh tuan Muzaffar yang juga merupakan pengerusi kepada Muzaffar Interior Design (MID). Pembantu Peribadi kepada seorang ketua arkitek. Dia okey saja, lagipun Kuang tu bukanlah jauh sangat. Masih dalam Malaysia kan. Kiranya lebih dekatlah kalau hendak disbandingkan dengan Angah yang kerja di luar Negara tu.
“Terima kasih tuan kerana menawarkan saya jawatan tu. Insya-Allah saya akan bekerja bersungguh-sungguh.” Janji Darin dengan penuh bersemangat.
Sedikit sebanyak dia telah dimaklumkan oleh Zakiah, pegawai bahagian sumber manusia. Zafryl bin Muzaffar adalah anak tunggal kepada tuan Muzaffar. Kenapa Zafryl tidak bekerja di ibu pejabat tidak pula diberitahu kepadanya.
Tetapi peliklah! Siapa Zafryl? Bos barunya ini? Dan kenapa dia jadi begitu ya? Ego tinggi mengalahkan langgit ke tujuh! Tahu tak Zafryl ni tinggal dalam hutan belantara! Okey tipu, belukar mungkin. Macam mana ya dia hendak jelaskan, mungkin konsep rumah dusun atau rumah hantu?. Sudahlah duduk jauh di tengah hutan, terasing pulak tu. Hari ini pula adalah hari pertama dia disini, dia sampai sebelum tengahari dan tunggulah malam nanti. Malam nanti barulah boleh tahu ada hantu ke tidak. Entah-entah Zafryl tu yang hantu!
Di rumah besar ini cuma ada makcik Nab sebagai pembantu rumah, suaminya pakcik Musa sebagai pemandu merangkap tukang kebun, lepas tu dia sebagai Pembantu Peribadi ke pada Zafryl.
Memanglah rumah ini cantik sekali senibinanya, malah tempat yang bakal menjadi tempat kegemarannya adalah di bahagian belakang rumah. Ada sebuah pondok kecil yang menghadap ke sebatang anak sungai yang cantik dan jernih.
Rumah dua tingkat ini sederhana besar cukup selesa untuk mereka berempat. Malah rumah ini juga berekaan moden dan yang pentingnya dia dah jatuh hati pada rumah ini ketika pertama kali memandangnya. Bahagian bawah rumah ini berdinding kaca di bahagian dapur membawa hingga ke ruang makan. Ruang makannya pula menghadap ke arah taman yang direka indah.
Keliling rumah ini dipenuhi dengan pokok yang meredupkan suasananya. Jika dilihat dari bahagian depan memang tidak nampak rumah cantik ni. mungkin dibina begitu untuk privasi. Sesuailah dengan perangai Zafryl yang confirmed tak bercampur dengan orang tu.

13 comments:

  1. salam adileah.... ni novel pertama adileah kan...mcm best la citer ni. kat mana boleh beli novel ni yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure lah my dear sbb dah stop production novel ni. kalau ada pun 2ndhand book lah kut. :D

      Delete
    2. hai, salam'

      saya ada novel nie, jika berminat blh email saya maszael@yahoo.com.

      thanks

      Delete
  2. wah, upload balik ye cerita ni? yay!

    ReplyDelete
  3. salam novel nie masih ade dipasarn lagi?..puas sya mencari.tpi satu pun x de..nak sangat bace n mliki novel nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, salam'

      saya ada novel nie, jika berminat blh email saya maszael@yahoo.com.

      thanks

      Delete
  4. salam novel nie masih ade dipasarn lagi?..puas sya mencari.tpi satu pun x de..nak sangat bace n mliki novel nie..

    ReplyDelete
  5. saya dh baca nvl ni. bes sgt. rezki saya dpt nvl ni wpun 2nd hand. tp mmg puas ati

    ReplyDelete
  6. rindulah buku ni.. saya belum habis baca lagi kawan saya pinjam.. lepas pinjam hilang plak.. hmm..

    ReplyDelete
  7. Ada Siapa Siapa yang ada novel ni? Saya nak beli. Saya punya hilang masa pindah rumah. 😭. Novel pertama beli time sekolah, kumpul duit jajan🤣..

    ReplyDelete