Followers

Friday 23 October 2015

Azalea

Langit biru, angin berhembus perlahan. Burung bebas beterbangan. Alangkah tenangnya kalau hatinya juga seperti langit biru yang indah tu. Nafas dihela perlahan, membuang segala kekusutan yang datang.

Mampukah?

Matanya mengerdip perlahan memandang ke atas apabila kapal persiaran ini melalui bawah Harbour Bridge. Tolonglah pergi segala rasa yang melemaskan ini. Bisik hati kecil Azalea.

“Kalau malam mesti lagi cantikkan?”

Ya Allah! Dia ni lagi?

Azalea menoleh ke sebelah apabila suara yang menegurnya itu sangat dikenali. Siapa lagi kalau bukan Abdul Haaq. “Tak balik Malaysia lagi?”

Haaq mengelengkan kepala. “I live here, tu rumah saya.” ibu jari menunjukkan ke arah The Rocks.

Azalea memandang Abdul Haaq sebelum memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Abdul Haaq. Dia diam seketika, cuba mencari letak rumah encik abdul ni. Tapi tak nampak langsung pun ciri-ciri rumah yang diperkatakan tu kerana mereka sekarang sudah menghampiri Opera House.

“Opera House ke?”

“Taklah… yang tadi tu nampak tak rooftop warna biru?” dia tipu! sebenarnya sipi-sipi hujung atap pun tak boleh nampak dari sini.

Apa-apalah encik Abdul!

“First, please call me Haaq. Second, awak buat apa kat sini sorang-sorang?” Haaq menoleh ke kiri dan ke kanan pura-pura mencari teman Azalea. Padahalnya dia memang tahu Azalea keseorangan. Dia mengambil risiko meninggalkan conference dan juga talk dr Bachir dengan mengekori Azalea dari belakang.

Tak sampai hati! Jadi di sinilah dia saat ini. Atas Captain Cook Cruise yang sedang belayar di pelabuhan Sydney ini. Gelaklah kalau nak gelak, hatinya… hanya dia sendiri yang faham rentaknya.


No comments:

Post a Comment