“Morning encik Ariel.”
“Morning Zetty.”
Ariel melangkah masuk ke bilik pejabatnya pagi tu
dengan semangat yang berbeza. Selepas semuanya selesai dia hanya mahu tumpukan
pada kerja. Apalagilah yang tinggal pada dia sekarang ni melainkan hati yang
hancur berkecai.
Zetty masuk ke bilik pejabat Ariel selepas lima
minit bosnya masuk kerja. Di tangannya ada secawan kopi panas. Bosnya ni pelik
sedikit, bila bos bahagian lain suka minum nescafee dia pula ada special
request. Kopi Aik Cheong tanpa gula.
“Kopi encik Ariel.”
“Thanks Zetty.” Sudah sebulan dia masuk kerja dan
selama sebulan itulah Zetty tidak pernah lupa menhidangkan kopi panas tanpa
gula.
“Between encik Ariel, today at 11.00am ada
meeting with board of directors to discuss on the key stratergies for customer
satisfaction.”
“Okey thanks, 10.30 nanti you remind kan I.”
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kerjanya
sekarang. Yalah... dia kan sudah agak low profile dalam bab social life ni. Okey,
jadi dia hendak beritahu di sini yang dia sudah tukar kerja. Bidangnya sekarang
adalah adalah sektor perkilangan. Jawatannya adalah sebagai Customer
Development Director
Selepas Zetty keluar, dia menyemak press release draft untuk status
halal ubat gigi keluaran syarikat mereka. Baru-baru ini heboh di semua media
memperkatakan tentang produk ubat gigi yang tidak halal. Isu lapuk yang tidak
pernah surut, sebelum isu ini lebih menjejaskan graf jualan syarikat, mereka
telah mengeluarkan iklan yang baharu. Iklan baharu ini lebih mengenegahkan
konsep islamik.
Zetty tersenyum manis apabila keluar dari bilik
encik Ariel. Hatinya sudah terbang di awang-awangan. Ariel, duda yang baru
kematian isteri. Di matanya Ariel cukup segala-galanya. Bergaya, berharta dan
popular. Popular di kilang mereka ini!
“Hei kau kenapa senyum-senyum ni?”
Zetty memandang Azimah yang berdiri di hadapan
mejanya dengan kertas di tangannya. Azimah tu dari bahagian kewangan.
“Senyum bahagia, tak boleh ke?”
“Nak kahwin ek?”
“Eh dia ni, asal bahagia je nak kahwin. Taklah...
senyuman bahagia sebab baru lepas jumpa encik Ariel.”
“Oh... ingatkan apa tadi. Ni hah credit card
statement bos kesayangan kau ni.”
“Kenapa?”
“Credit card statement encik Ariel ni tak taily dengan
resit yang kau bagi ni, kurang satu resit.”
“Kenapa? Resit untuk apa?”
“Aku tengah cek resit yang kau bagi dengan credit
card statement ni tak taily.” Azimah menunjukkan penyata tu di bahagian yang
tertulis nama Hilton hotel Kuala Lumpur.
“Oh... nanti aku cari.”
“Nanti bagi cepat tau, boleh aku proses cepat.”
“Okey, nanti aku bagi tengah hari nanti.”
Memang hampir separuh hari jugalah dia mencari
resit yang diminta oleh Azimah. Dari dalam kotak dia simpan resit claim Ariel
hinggalah ke dalam laci meja. Manalah tahu kalau ada yang tercicir. Macam tak
sedap hati pula kalau dia pergi tanya Ariel. Sedangkan setiap kali ada sebarang
resit baru.
“Zetty, you okey ke?” pukul 10.30 pagi tadi Zetty
ada datang ke biliknya mengingatkan tentang mesyuaratnya. Ketika keluar ke
bilik mesyuarat setengah jam kemudiannya dia lihat Zetty seperti sedang sibuk
mencari sesuatu. Sekarang ni sudah jam 3.00 petang, Zetty masih lagi sibuk.
“Oh encik Ariel dah habis meeting ke?”
“Dah, tapi dari tadi I tengok you sibuk
tercaari-cari. Cari apa?”
“I tengah cari resit untuk credit card statement
encik Ariel ni, tapi tak jumpa pulak.”
“Oh yang lunch dekat Hilton KL ni, I rasa macam
ada dalam kereta lah.”
“Alaa... encik Ariel ni, penat tau I cari.”
Rengek Zetty manja. Bila lagi kan hendak bermanja dengan bos sendiri. Untuk
sabut timbul, untung dia belum tahu lagi.
“Zetty I laparlah, jom teman I late lunch dekat
kafeteria.”
“Okey.” Menangis lah kalau budak-budak kilang ni
nampak dia makan semeja dengan lelaki popular! Siapa peduli duda ke bujang telajak
ke, janji ada rupa, baik dan berduit.