Followers

Thursday 20 December 2012

Bab 15: Cerita Buat Kekasih



“Morning encik Ariel.”
“Morning Zetty.”
Ariel melangkah masuk ke bilik pejabatnya pagi tu dengan semangat yang berbeza. Selepas semuanya selesai dia hanya mahu tumpukan pada kerja. Apalagilah yang tinggal pada dia sekarang ni melainkan hati yang hancur berkecai.
Zetty masuk ke bilik pejabat Ariel selepas lima minit bosnya masuk kerja. Di tangannya ada secawan kopi panas. Bosnya ni pelik sedikit, bila bos bahagian lain suka minum nescafee dia pula ada special request. Kopi Aik Cheong tanpa gula.
“Kopi encik Ariel.”
“Thanks Zetty.” Sudah sebulan dia masuk kerja dan selama sebulan itulah Zetty tidak pernah lupa menhidangkan kopi panas tanpa gula.
“Between encik Ariel, today at 11.00am ada meeting with board of directors to discuss on the key stratergies for customer satisfaction.”
“Okey thanks, 10.30 nanti you remind kan I.”
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kerjanya sekarang. Yalah... dia kan sudah agak low profile dalam bab social life ni. Okey, jadi dia hendak beritahu di sini yang dia sudah tukar kerja. Bidangnya sekarang adalah adalah sektor perkilangan. Jawatannya adalah sebagai Customer Development Director
Selepas Zetty keluar, dia  menyemak press release draft untuk status halal ubat gigi keluaran syarikat mereka. Baru-baru ini heboh di semua media memperkatakan tentang produk ubat gigi yang tidak halal. Isu lapuk yang tidak pernah surut, sebelum isu ini lebih menjejaskan graf jualan syarikat, mereka telah mengeluarkan iklan yang baharu. Iklan baharu ini lebih mengenegahkan konsep islamik.
Zetty tersenyum manis apabila keluar dari bilik encik Ariel. Hatinya sudah terbang di awang-awangan. Ariel, duda yang baru kematian isteri. Di matanya Ariel cukup segala-galanya. Bergaya, berharta dan popular. Popular di kilang mereka ini!
“Hei kau kenapa senyum-senyum ni?”
Zetty memandang Azimah yang berdiri di hadapan mejanya dengan kertas di tangannya. Azimah tu dari bahagian kewangan.
“Senyum bahagia, tak boleh ke?”
“Nak kahwin ek?”
“Eh dia ni, asal bahagia je nak kahwin. Taklah... senyuman bahagia sebab baru lepas jumpa encik Ariel.”
“Oh... ingatkan apa tadi. Ni hah credit card statement bos kesayangan kau ni.”
“Kenapa?”
“Credit card statement encik Ariel ni tak taily dengan resit yang kau bagi ni, kurang satu resit.”
“Kenapa? Resit untuk apa?”
“Aku tengah cek resit yang kau bagi dengan credit card statement ni tak taily.” Azimah menunjukkan penyata tu di bahagian yang tertulis nama Hilton hotel Kuala Lumpur.
“Oh... nanti aku cari.”
“Nanti bagi cepat tau, boleh aku proses cepat.”
“Okey, nanti aku bagi tengah hari nanti.”
Memang hampir separuh hari jugalah dia mencari resit yang diminta oleh Azimah. Dari dalam kotak dia simpan resit claim Ariel hinggalah ke dalam laci meja. Manalah tahu kalau ada yang tercicir. Macam tak sedap hati pula kalau dia pergi tanya Ariel. Sedangkan setiap kali ada sebarang resit baru.
“Zetty, you okey ke?” pukul 10.30 pagi tadi Zetty ada datang ke biliknya mengingatkan tentang mesyuaratnya. Ketika keluar ke bilik mesyuarat setengah jam kemudiannya dia lihat Zetty seperti sedang sibuk mencari sesuatu. Sekarang ni sudah jam 3.00 petang, Zetty masih lagi sibuk.
“Oh encik Ariel dah habis meeting ke?”
“Dah, tapi dari tadi I tengok you sibuk tercaari-cari. Cari apa?”
“I tengah cari resit untuk credit card statement encik Ariel ni, tapi tak jumpa pulak.”
“Oh yang lunch dekat Hilton KL ni, I rasa macam ada dalam kereta lah.”
“Alaa... encik Ariel ni, penat tau I cari.” Rengek Zetty manja. Bila lagi kan hendak bermanja dengan bos sendiri. Untuk sabut timbul, untung dia belum tahu lagi.
“Zetty I laparlah, jom teman I late lunch dekat kafeteria.”
“Okey.” Menangis lah kalau budak-budak kilang ni nampak dia makan semeja dengan lelaki popular! Siapa peduli duda ke bujang telajak ke, janji ada rupa, baik dan berduit.

8 comments:

  1. keep writing ok///
    waiting for the next chap
    heee :D

    ReplyDelete
  2. good to 'hear' from you again. pls keep on writing...


    Misha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for coming back here. Insya-Allah.

      Delete
  3. saya nak jadi macam kak Adileah. saya nak jadi penulis. saya nak jadi penulis! tolong ajarkan saya :(

    *tengok blog saya, mungkin boleh dapat tengok beberapa artikle saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam husna, akak cadangkan Husna cek di sini www.jemariseni.com mereka selalu adakan program untuk melatih penulis baru. Husna boleh datang program tu dan Insya-Allah Jemari Seni akan didik dan latih Husna untuk jadi penulis yang baik.

      Delete
  4. Lia..keep writing..hope boleh jumpa Min-Ariel in new version kat pbakl this year..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aimie tingginya doa tu. apa pun insyaAllah meen-ariel akan bertemu semua bila tiba masanya

      Delete