“Angah kena pindah dari rumah along tu minggu
hadapan.” Ariel merujuk kepada Villa
Putra yang diberi tumpang kepada Munirah. Sejak berpisah dengan Yasmeen, dia
terus tidak mahu tinggal di situ. Di situ akan ada Yasmeen dan ketika itu
hatinya sedang sakit.
“Kenapa pulak?”
“Along nak sewakan.”
“Habis tu angah? Along ni suka buat keputusan tak
mahu bincang dulu.” Geram betullah dia dengan Ariel ni.
“Angah carilah rumah sewa lain.”
“Gila ke? Along ingat senang ke nak cari rumah
sewa? Nak cepat pulak tu.”
“Sewalah bilik kat rumah kak Meen.”
“Kak Meen?”
Ariel anggukkan kepala.
“Along ni gilalah!” betul dia tak tipu.
Perancangan Ariel ni buatkan dia sakit hati. Geram sangatlah... kalau tidak
difikirkan Ariel tu abangnya, mungkin sudah berbakul-bakul sumpah seranahnya.
“Sorrylah angah, angah kan tahu along dah lama
tak kerja. Hutang banyak nak bayar, jadi rumah tu kalau disewakan bolehlah
along gunakan untuk tampung perbelanjaan along.” Perhatian, rumah tu dia suruh
Munirah duduk secara percuma.
“Along tipukan?”
“Betullah angah.” Okey dia bukanlah betul-betul
sudah terdesak tetapi dia ada agenda lain.
1. Dia sudah tidak boleh berpisah dengan
Nur Tasnim – jadi, dia kena jumpa hari-hari. Kalau bolehlah.
2. Kalau hendak jumpa Nur Tasnim,
bagaimana pula dengan Yasmeen – tentu tak manis apabila hanya ada mereka
berdua. Jadi biarlah Munirah tinggal menumpang di rumah
Yasmeen.
3.
Dia tidak sampai hati memikirkan yang
Yasmeen akan menjaga Nur Tasnim seorang diri. Bagaimana kalau si comel tu demam
di tengah malam?
“Mana angah nak cari rumah ni? Duit deposit
lagi?”
“Along bayarkan deposit angah.”
“Along!”
“Ya?”
“Along ada agenda lainkan?”
“Taklah, memang along nak sewakan rumah tu.”
“Kalau kak Meen nak sewakan bilik rumahnya tu.
Kalau tak?”
“Kak Meen tak macam tu. Kalau angah merayu dan
cakap baik-baik dia mesti okey punyalah.”
Munirah mengeluh geram. Sungguhlah alongnya ini
memang hendak mencari fasal! Plastik merah yang berisi makanan yang dipesannya
tadi dipandang kosong. Hilang seleranya dengan permintaan along yang macam ni.
“Along belanja dinner malam ni.”
Munirah menjeling Ariel yang duduk tidak jauh
darinya. Kalau tidak memikirkan yang lobi hospital ni penuh dengan orang, tentu
dia akan kejar Ariel dan luku kepalanya tu!
“Murah sangat.” Komen Munirah.
“Habis tu nak apa?”
“Angah nak pakej holiday 4 days 3 nights ke
Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa.”
“Angah...”
“Take it or leave it along.”
“Okey, okey. Bila nak pergi?”
Tengok, dia tahu Ariel memang ada agenda lain.
Cakap nak sewakan rumah tu sebab nak bayar hutang tapi bila dia minta taja
percutian di situ, Ariel tanpa banyak soal terus bersetuju. Okey, dia tak kisah
sebenarnya kalau hendak tinggal dengan Yasmeen sebab... bolehlah dia berulit
dengan Nur Tasnim.
Wah, nakalnya si Ariel tu. Ada aje idea dia eh ;) Tapi, suka! Cepat update kak Lia!
ReplyDeleteChaiyok, chaiyokkkk!
amboi2 gigit kang :D
ReplyDeleteharap hari ada n3 bab 11...x sabar dah ni...
ReplyDelete