Jeng jeng jeng.....
Drum roll please.....
inilah jawapan kepada pilihan Ariel
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“Assalamualaikum angah.”
“Ada apa along?” Munirah memandang ke arah
Yasmeen yang kelihatan sedikit kekok ketika menyusukan Nur Tasnim.
Yasmeen mendongakkan kepalanya memandang ke arah
Munirah yang sedang berbual di telefon. Kalau along yang disebutnya pastilah
Ariel.
“Jawablah salam dulu angah, tak sopan betullah
anak dara perangai macam ni.” Sempat lagi dia meleteri Munirah.
“Oh sorry along. Waalaikumusalam.”
“Ni along nak tanya angah nak makan apa-apa tak?
boleh along belikan dan singgah sekejap sebelum balik rumah.”
“Belikanlah nasi goreng paprik, telur dadar dan
fresh orange.”
“Kak Meen?”
“Along, kak Meen kan kena pantang.”
“Oh okey. Setengah jam lagi along sampai tapi
along nak solat dulu.”
“Thanks along.” Alaa... along tu jadikan alasan
nak belikan makanan untuknya sebab nak jumpa Tasnim kan? Tak pun along nak
jumpa mummy Tasnim. Padahalnya along tu pun beli dari kantin hospital. Macamlah
kita baru kenal dia semalam.
“Ngah, along nak datang ke?”
“Ha’a. Tapi kalau kak Meen tak selesa, angah
faham.”
Yasmeen diam seketika, memanglah dia kurang
selesa tapi macam mana ya nak beritahu. Tak nak lah nanti ada yang berkecil
hati.
“Angah faham kalau kak Meen tak selesa.” Dia
faham raut wajah tidak selesa Yasmeen. Kalau dia pun mungkin juga tidak selesa,
sudahlah baru bersalin dan kemudian dengan letihnya lagi. Mestilah kak Meen
hendak rehat.
“Sorry angah.”
“Eh tak apa kak Meen, nanti pandailah angah
settle kan dengan along.”
SMS di hantar kepada Ariel. Alongnya tu
kadang-kadang dia sendiri tak faham. Emak dan abah berganda lagi tidak faham.
Tetapi selepas apa yang berlaku, nampaknya kali ini mereka lebih memberi
peluang kepada Ariel untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Yalah, percaturan
mereka dahulu kan tidak berjaya.
Mak pesan, malam-malam tak baik melawat baby.
Lah... makanan ni?
Nanti dah sampai call angah.
Ok.
Macam-macamlah angah ni, rungut Ariel dalam hati.
Tak apalah nanti sudah sampai dia buatlah seperti yang diarahkan. Lagi pun dia
ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Munirah nanti. Hatinya sudah tumpah
pada Nur Tasnim yang comel. Wajahnya gebu dengan bulu-bulu halus. Bibirnya
kecil dan berwarna merah jampu. Apabila diusik pipinya, dia akan bergerak-gerak
perlahan. Ya Allah, sayangnya pada Nur Tasnim tidak ada belah bahaginya lagi.
Akakkkkkk....
ReplyDeleteApa ni. Tak aci tau!
Ini main tipu namanya...
Sedih!
mana ada tipu kan org kata tak boleh jumpa baby baru lahir malam2..
Delete