Followers

Friday 26 October 2012

Bab 12: Cerita Buat Kekasih



Salam Aidiladha untuk semua pembaca yang saya sayangi... here we go, special entry for Aidiladha...


Yasmeen bangun perlahan-lahan. Pengalaman pertama menjadi sseorang ibu membuatkan hidupnya huru hara. Okey dia memang ada pergi kelas persediaan tu dan juga adalah dia google beberapa tips di internet. Tetapi itu semua tidak samakan kalau tanpa kehadiran Adam.
“Assalamualaikum.”
“Eh ibu, awalnya sampai?”
“Ya lah ibu dengan ayah ni dah tak sabar nak tengok cucu sulung.”
Yasmeen tersenyum. “Meen baru nak susukan baby.”
“Dah mandi ke belum ni?”
“Baby, nurse dah mandikan tadi.”
“Patutlah cucu opah ni wangi aja... dah mandi yang dia. Sini, opah dukung dulu.”
“Bismillah...”
“Meen nak bagi nama apa ni?”
“Meen dengan Adam pilih nama Nur Tasnim, Cahaya air di syurga yang mengalir dari atas.”
“Alhamdullilah, sedap nama cucu opah ni. Moga Nur Tasnim akan jadi anak yang solehah yang sentiasa membahagiakan ibunya.” Satu kucupan diberikan kepada Nur Tasnim tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Yasmeen menarik nafas panjang menahan sebak yang datang bertamu. Setiap kali memandang wajah polos Nur Tasnim, hatinya hancur berkecai mengenangkan betama arwah Adam begitu teruja menanti kehadiran si comel ini. Lihatlah tu, Nur Tasnim bagaikan mengerti setiap patah kata opahnya. Dia mengeliat perlahan. Subhanallah! Begitu ajaib anugerah Allah kepadanya.
Yasmeen menoleh memandang ke kiri, dia tak mahu ibu nampak kesedihan yang sedang ditanggungnya ini. Cepat-cepat air matanya yang hampir mengalir tadi dikesatnya dengan jari.
“Mana abah? Ibu datang dengan siapa tadi?”
“Ibu datang dengan Aiman, abah Meen tu pergi ke kafeteria katanya nak minum kopi. Aiman pulak katanya ada hal sekejap. Dalam masa sejam dia datang sini.”
Yasmeen pantas ketawa. Mana tidaknya, Aiman tu sangat mementingkan kesihatannya dan sejak mereka tinggal serumah teh cina lah yang dia minum hari-hari dan lama-lama dia pun turut terikut sama.
“Maaflah ibu, rumah Meen tak ada kopi. Faham ajalah kalau dah tinggal serumah dengan Aiman.”
“Abah kamu tu memang macam tu Meen. Kopi ajalah yang dia minum pagi petang siang malam.”
Sedang leka berbual dengan ibu, kedengaran ketukan di pintu bilik berselang dengan suara Munirah dan abah.
“Hai kak Meen, assalamualaikum makcik.”
“Assalamualaikum.”
“Hai angah, waalaikumusalam abah.”
“Mana cucu atuk ni?” tak sabar betul dia hendak tengok cucu sulungnya. Semalam, dia tidak berpeluang untuk tengok cucunya kerana masih dalam bilik rawatan untuk pemeriksaan susulan katanya. Sebab itulah dia berpesan kepada Ariel untuk mengiqamatkan cucunya. Manalah tahu bila dia balik semalam, bayi sudah boleh dihantar kepada ibunya.
“Ni hah cucu kita atuknya.”
“Bismillah...” Haji Dzulkefli menyambut bayi perempuan yang dihulurkan oleh isterinya. Bersih aja kulit cucunya ni.
“Siapa namanya ni?”
“Nur Tasnim bah.”
Cahaya air di syurga yang mengalir dari atas.” Sambung hajah Fatimah.
Sedang mereka berdua mengulit Nur Tasnim, tiba-tiba anaknya itu merengek perlahan. Halusnya suara dia, indah sangat alunan tangisannya.
“Lapar susu dah ni Meen.” Hajah Fatimah memberitahu Yasmeen. “Sini atuknya, Nur Tasnim dah lapar.”
“Atuk tak puas lagi ni.”
Yasmeen ketawa perlahan dengan telatah ibu dan abahnya. Macam mana dia hendak beri Nur Tasnim minum susu ni? Abah ada dalam bilik. Walau pun abah sendiri dia tetap juga rasa malu.
“Abah keluar sekejap lah beli surat  khabar, tadi lupa nak beli di kafeteria.”
Alhamdullilah, bisik Yasmeen dalam hati. Legalah sikit nak beri susu pada si comel ni tanpa segan silu. Dia lupa hendak pack nursing cover hari tu. Kalau ada bolehlah dia gunakan untuk menutup Nur Tasnim yang sedang menyusu tu.
“Rakusnya Nur Tasnim ni, dahaga ya sayang?” Yasmeen tersenyum memandang Nur Tasnim yang dahaga tapi belum berapa pandai hendak menyedut susunya. Tak apa sayang, lama-lama nanti pandailah. Nur Tasnim kan anak mummy yang bijak.
Memandang wajah polos Nur Tasnim buat hatinya semakin hiba. Kasihan anaknya ini, lahir tanpa kasih saya seorang bapa. Mereka tidak berkesempatan berjumpa. Tak apalah sayang... gambar daddy ada, nanti mummy tunjukkan. Semoga Nur Tasnim akan jadi seperti daddy yang baik hati, penyanyang dan sangat penyabar tu.


“Kak Meen, comel aja kan Nur Tasnim tengah hisap susu ni.”

Yasmeen menganggukkan kepala. Dia masih lagi menahan sebak. Tapi nak buat macam mana, setiap kali pandang Nur Tasnim dia akan jadi sedih. Pandang aja Nur Tasnim, dia akan teringatkan arwah Adam. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi saat-saat menyakitkan ini. Dia mahu rasa sedih ini segera pergi. Dia takutlah, orang kata waktu pantang ni waktu yang penting juga. Kalau kita susah hati, kalau kita sedih, kalau kita tertekan, mudahlah nanti dapat penyakit meroyan. Dia tak nak dapat sakit meroyan, dia masih hendak jaga dan lihat Nur Tasnim membesar. Itu sahaja harta yang dia ada dalam dunia ni.
“Kak Meen sedih ke?” bisik Munirah perlahan ketika makcik Fatimah ke bilik air.
“Taklah...” dalih Yasmeen.
“Mak kata, kalau baru lepas bersalin atau dalam pantang tak elok sedih-sedih nanti dapat sakit meroyan.”
Yasmeen senyum. “Kak Meen tahu, insya-Allah kak Meen okey.”
“Kak Meen kalau nak cerita atau kongsi apa-apa boleh beritahu angah. Insya-Allah angah akan bantu apa yang terdaya.”
“Kak Meen okeylah, angah ni...” Nur Tasnim sudah selesai minum susu, tapi belum apa-apa dia sudah tertidur. Sayang mummy nilah...
“Nur Tasnim, sendawa  dulu sayang.” Nur Tasnim di tiarapkan di atas pehanya dan ditepuk perlahan belakang Nur Tasnim hinggalah anaknya tu sendawa.
“Kak Meen bila boleh balik?”
“Tengah hari ni dah boleh balik dah agaknya.”
“Makcik dah sarapan? Tu angah ada belikan nasi lemak.”
“Ya lah nanti makcik makan bila lapar. Tadi pagi makcik dah minum oats.”
Ibu memang macam tu, lepas subuh terus minum aots. Bukan macam abah, lepas subuh cari kopi.
“Nasib baik dekat rumah ada oats.” Sambung Nur Laila. “Angah boleh tolong kak Meen tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong kemaskan barang-barang kak Meen ni. Tak sabar dah nak balik rumah.”
“Kita nak balik dengan siapa?”
“Kak Aiman kan ada.”
Oh okey. Tapi muat ke? Pakcik Dzulkefli dan makcik Fatimah. Dia lagi, kak Meen dan Nur Tasnim. Kak Aiman tu keretanya viva aja. Tak muat, tak muat. Dia kena S.O.S along ni!
 

No comments:

Post a Comment