Ya Tuhan... dia rambang mata memandang gaun-gaun edisi
terbaru yang bergantungan ni. Semuanya dia rasa cantik untuk dipadankan dengan
Nur Tasnim. Warna pastel yang sweet ni memang sesuai sangat untuk bayi. Penyudahnya
dia beli beberapa 3 pasang gaun dan 3 helai romper untuk Nur Tasnim.
“Anak pertama ke encik?” tegur cashier yang
bertugas.
“Hah?” soal Ariel kurang mengerti.
“Beli barang untuk anak pertama ke?”
“Ooo... ha’a anak pertama.”
Cashier yang sedang mengimbas harga baju yang
dibeli Ariel tersenyum manis. “Biasanya pelanggan kami memang macam ni encik,
kalau anak pertama aja mesti excited beli baju yang comel-comel macam ni.”
“Biasalah dik... nama pun anak pertama.” Walau
pun hanya anak angkat, dia tetap sayangkan Nur Tasnim. Nur Tasnim tu adalah
anaknya, titik!
“Isteri encik tak ikut sekali?”
Aduh terlebih peramah pula adik cashier ni. “Dia
ada kat hospital baru lepas bersalin awal pagi tadi.”
“Oh ye ke? Tahniah encik.”
“Terima kasih.”
“Harganya RM629.90 encik.”
Kad kredit bertukar tangan dan baju-baju Nur
Tasnim sudah dibungkus cantik dalam beg kertas berjenama Mothercare. Tak sabar
rasanya hendak lihat baju-baju ni tersarung di tubuh Nur Tasnim. Pastilah si
kecil ni yang paling comel!
Keluar dari Mother Care dia ke bahagian
kanak-kanak di isetan KLCC. Saja jalan-jalan cuci mata, mana tahu ada barang
yang dia berkenan untuk Nur Tasnim. Di situ dia tengok banyak betul stroller
yang pelbagai jenis dan harga. Adalah juga yang dia berkenan, tetapi kenalah
tanya pada mummy Nur Tasnim dahulu. Manalah tahu, sudah ada yang dibelinya. Dia
tak beli apa-apa di sini kecuali sejenis permaianan yang boleh digantungkan di
baby cot untuk melekakan bayi.
Selesai membeli barang, dia berura-ura hendak
pulang tetapi hatinya bagai dipanggil sahaja untuk ke hospital melihat Nur
Tasnim. Boleh ke? Dia tak naklah menganggu anaknya itu waktu malam begini. Atau
patutkah dia ke rumah Yasmeen melawat ibu dan abah? Tetapi dia malulah...
yalah, semua orang tahun kan sejarah silam dia. Bagaimana dia pernah dimarahi
oleh bekas bapa mertuanya di penghujung usia perkahwinan dia dan Yasmeen.
Dalam kereta, dia sudah berbelah bahagi. Dia ada
tiga pilihan. Ke hospital menjenguk Nur Tasnim – dia tak sabar hendak serahkan
barang beliannya tadi kepada mummy Tasnim, menjenguk ibu dan abah di rumah
Yasmeen – tetapi dia tidak tahu di mana rumah Yasmeen, balik ke rumah sendiri –
tapi dia bosan kerana pastilah dia akan asyik teringatkan wanginya Nur Tasnim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
jadi apakah pilihan Ariel dalam tiga pilihan yang ada? tolonglah dia buat pilihan kerana hatinya sedang keliru.
pssttt saya sedang rajin update blog ni, jadi tolonglah saya baca tau.
assalamua'laikum...saya dah baca...sambung cepat2 ek :D
ReplyDeletepssttt tak jawab pun apa pilihan yang patut ariel pilih. kalau tak tlg mcm mana nak tulis cepat. hehehe
Deletehahaha lupalah nak pilih. dah tentulah pilihan kita - melawat nur tasnim yg tomeyy..
DeleteHikhikhik
Deletesaya nak dia melawat nur tasnim. titik!
ReplyDeletehehehehhe
Deletesaya pun nak Ariel melawat Nur Tasnim :)
ReplyDeletehehehehe tungguuuuuu
Deletehmmm....best cite ni :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete