“Kak Meen okey ke angah duduk dengan dia?”
Ariel sedang mengekori kereta Viva milik Aiman.
Mereka hendak ke rumah Yasmeen memandangkan Yasmeen sudah boleh balik. Nasib
baiklah dia terus saja bangun selepas Munirah menelefonnya pagi tadi.
“Okey aja.”
“Kak Meen sewakan bilik ke apa?”
“Hah lah... kalau tak sewakan bilik nak sewakan
apa pulak.”
“Marah ke?”
“Along ni banyak soal tahu tak?”
“Angah tu adik along, mestilah along nak tahu.”
“Ya lah tu...” macamlah kita tak tahu agenda dia
tu apa.
“Terima kasih ya angah.”
“Terima kasih untuk apa pulak?”
“Terima kasih sebab layan permintaan along tanpa
banyak soal.”
“Tak apa along dah janji nak belikan pakej percutian
tu dan duit deposit sekali,”
“Yalah... esok-esok along belilah dekat
jalanjalan.com tu.”
Munirah tersenyum lebar membayang resort yang
cantik tu. Mahal tu harganya semalam pun bolehh menjangkau ke RM500. Jangan
haraplah dia hendak bazir duit di situ. Kerana itulah dia sudah tidak mahu ulas
panjang tentang arahan Ariel tu. Biarlah suatu hari nanti along pasti akan
bercerita juga. Itu pun kalau dia hendak ceritalah, sebabnya dulu tu Ariel
beritahu dia ketika lagi dua minggu hendak bernikah dengan kak Nelly.
Selepas itu mereka berdua mendiamkan sehinggalah kereta Viva yang dipandu Aiman
membelok masuk ke pekarangan rumah dua tingkat di Ampang Saujana. Okey tidaklah
jauh sangat dia hendak memandu dari Villa Putra ke sini.
Inilah rumah anak daddy ya. Bisik Ariel dalam
hati. Nanti bila Nur Tasnim dah besar sikit, daddy belikan set permainan yang
ada papan gelongsor tu ya.
“Along! Yang tersenyum-senyum tu kenapa? Bukaklah
lock pintu ni.”
“Oh okey, sorry.”
Dari dala kereta dia lihat bekas mertuanya keluar
dari dalam kereta yang dipandu Aiman. Masa yang meningjak menjadikan mereka
kelihatan sangat tua. Perlukah dia turun sekarang? Sesuaikah masanya? Sudahkah
mereka memaafkannya? Dia tak tahu.
Apa yang dia tahu, hari ini kedatangannya kerana
dia rindukan Nur Tasnim. Sumpah dia memang rindukan Nur Tasnim. Kemudian kerana
hendak tahu di mana si murai, adiknya tu akan tinggal. Oh dia lupa! Cerita
pindah rumah ni mesti dirahsiakan dari pengetahuan emak dan abah.
Tuk! Tuk! Tuk!
Ketukan kuat di cermin kereta mengejutkannya.
Angah ni! Pantas enjin dimatikan dan keuar dari kereta. Langsung dia tidak
mempedulikan Munirah yang sedang mengekori dari belakang.
“Assalamualaikum.”
Dia bersalaman dengan abah dan menundukkan
sedikit kepalanya apabila bertentang mata dengan ibu. Lima tahun tu sekejap aja
rupanya apabila mereka bertemu semula dalam keadaan seperti ini.
“Sini, angah tolong pegangkan Nur Tasnim.”
Munirah yang sedikit kekok itu menarik
perhatiannya. Nur Tasnim yang dia rindukan sangat dan jadi teringat pada hadiah
yang tidak sempat diberikan semalam. Langkah kakinya diarahkan ke arah boot
kereta untuk mengambil barang-barang milik Yasmeen. Penuh dengan hadiah!
“Aiman, barang-barang ni nak letak kat mana?”
Ariel menoleh ke arah Aiman di belakang yang
tangannya penuh dengan beg. Tiga hari aja masuk hositalnya tetapi beg yang
dibawa sikit punya banyak.
“Letak dalam bilik depan ni.”
Aiman menunjukkan bilik yang terletak berhampiran
dengan ruang tamu. Bilik itu sebenarnya bilik tamu tetapi menjadi bilik
sementara untuk Yasmeen ketika dia sarat mengandung hari itu dan sekarang
berpantang pun dalam bilik itu juga. Senang kalau mak bidan datang nak mengurut
sebab bilik mak bidan di sebelah bilik tamu tu.
Sebelum arwah Adam meninggal dia sudah siap
carikan mak bidan yang boleh jaga Yasmeen selama 44 hari berpantang. Dengarnya
mahal juga kos untuk itu kerana selama 44 hari tu mak bidan akan tinggal
bersama dengan Yasmeen. Dalam tempoh itu semua urusan dalam pantang akan
diuruskan oleh mak bidan tu.
“Nak letak mana hadiah ni Aiman?”
“Letaklah tepi dinding tu, nanti aku kemas.”
Ariel memandang ke sekeliling bilik. Warna purple
lavendar, antara warna kegemaran Yasmeen. Bilik ini juga ada bau lavendar.
Masih belum berubah lagi rupanya pewangi bilik kegemaran Yasmeen. Perabutnya
hanya ada katil bujang warna putih, baby cot warna yang sama dan sebuah almari.
Mungkin ini bilik tetamu pada asalnya.
Thanks for continuing this story. i thot Adileah dah stop. Keep it up. Saya akan singgah bila ada entry baru lagi.
ReplyDeleteOps! Suka taktik Ariel tu...suruh Angah pindah ke rumah Meen.... :)
hehehhee InsyaAllah - tq for reading ya :)
Delete