Followers

Monday 29 October 2012

Bab 13: Cerita Buat Kekasih



“Kak Meen okey ke angah duduk dengan dia?”
Ariel sedang mengekori kereta Viva milik Aiman. Mereka hendak ke rumah Yasmeen memandangkan Yasmeen sudah boleh balik. Nasib baiklah dia terus saja bangun selepas Munirah menelefonnya pagi tadi.
“Okey aja.”
“Kak Meen sewakan bilik ke apa?”
“Hah lah... kalau tak sewakan bilik nak sewakan apa pulak.”
“Marah ke?”
“Along ni banyak soal tahu tak?”
“Angah tu adik along, mestilah along nak tahu.”
“Ya lah tu...” macamlah kita tak tahu agenda dia tu apa.
“Terima kasih ya angah.”
“Terima kasih untuk apa pulak?”
“Terima kasih sebab layan permintaan along tanpa banyak soal.”
“Tak apa along dah janji nak belikan pakej percutian tu dan duit deposit sekali,”
“Yalah... esok-esok along belilah dekat jalanjalan.com tu.”
Munirah tersenyum lebar membayang resort yang cantik tu. Mahal tu harganya semalam pun bolehh menjangkau ke RM500. Jangan haraplah dia hendak bazir duit di situ. Kerana itulah dia sudah tidak mahu ulas panjang tentang arahan Ariel tu. Biarlah suatu hari nanti along pasti akan bercerita juga. Itu pun kalau dia hendak ceritalah, sebabnya dulu tu Ariel beritahu dia ketika lagi dua minggu hendak bernikah dengan kak Nelly.
Selepas itu mereka berdua mendiamkan  sehinggalah kereta Viva yang dipandu Aiman membelok masuk ke pekarangan rumah dua tingkat di Ampang Saujana. Okey tidaklah jauh sangat dia hendak memandu dari Villa Putra ke sini.
Inilah rumah anak daddy ya. Bisik Ariel dalam hati. Nanti bila Nur Tasnim dah besar sikit, daddy belikan set permainan yang ada papan gelongsor tu ya.
“Along! Yang tersenyum-senyum tu kenapa? Bukaklah lock pintu ni.”
“Oh okey, sorry.”
Dari dala kereta dia lihat bekas mertuanya keluar dari dalam kereta yang dipandu Aiman. Masa yang meningjak menjadikan mereka kelihatan sangat tua. Perlukah dia turun sekarang? Sesuaikah masanya? Sudahkah mereka memaafkannya? Dia tak tahu.
Apa yang dia tahu, hari ini kedatangannya kerana dia rindukan Nur Tasnim. Sumpah dia memang rindukan Nur Tasnim. Kemudian kerana hendak tahu di mana si murai, adiknya tu akan tinggal. Oh dia lupa! Cerita pindah rumah ni mesti dirahsiakan dari pengetahuan emak dan abah.
Tuk! Tuk! Tuk!
Ketukan kuat di cermin kereta mengejutkannya. Angah ni! Pantas enjin dimatikan dan keuar dari kereta. Langsung dia tidak mempedulikan Munirah yang sedang mengekori dari belakang.
“Assalamualaikum.”
Dia bersalaman dengan abah dan menundukkan sedikit kepalanya apabila bertentang mata dengan ibu. Lima tahun tu sekejap aja rupanya apabila mereka bertemu semula dalam keadaan seperti ini.
“Sini, angah tolong pegangkan Nur Tasnim.”
Munirah yang sedikit kekok itu menarik perhatiannya. Nur Tasnim yang dia rindukan sangat dan jadi teringat pada hadiah yang tidak sempat diberikan semalam. Langkah kakinya diarahkan ke arah boot kereta untuk mengambil barang-barang milik Yasmeen. Penuh dengan hadiah!
“Aiman, barang-barang ni nak letak kat mana?”
Ariel menoleh ke arah Aiman di belakang yang tangannya penuh dengan beg. Tiga hari aja masuk hositalnya tetapi beg yang dibawa sikit punya banyak.
“Letak dalam bilik depan ni.”
Aiman menunjukkan bilik yang terletak berhampiran dengan ruang tamu. Bilik itu sebenarnya bilik tamu tetapi menjadi bilik sementara untuk Yasmeen ketika dia sarat mengandung hari itu dan sekarang berpantang pun dalam bilik itu juga. Senang kalau mak bidan datang nak mengurut sebab bilik mak bidan di sebelah bilik tamu tu.
Sebelum arwah Adam meninggal dia sudah siap carikan mak bidan yang boleh jaga Yasmeen selama 44 hari berpantang. Dengarnya mahal juga kos untuk itu kerana selama 44 hari tu mak bidan akan tinggal bersama dengan Yasmeen. Dalam tempoh itu semua urusan dalam pantang akan diuruskan oleh mak bidan tu.
“Nak letak mana hadiah ni Aiman?”
“Letaklah tepi dinding tu, nanti aku kemas.”
Ariel memandang ke sekeliling bilik. Warna purple lavendar, antara warna kegemaran Yasmeen. Bilik ini juga ada bau lavendar. Masih belum berubah lagi rupanya pewangi bilik kegemaran Yasmeen. Perabutnya hanya ada katil bujang warna putih, baby cot warna yang sama dan sebuah almari. Mungkin ini bilik tetamu pada asalnya.

2 comments:

  1. Thanks for continuing this story. i thot Adileah dah stop. Keep it up. Saya akan singgah bila ada entry baru lagi.

    Ops! Suka taktik Ariel tu...suruh Angah pindah ke rumah Meen.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee InsyaAllah - tq for reading ya :)

      Delete