Followers

Monday 29 October 2012

Bab 13: Cerita Buat Kekasih



“Kak Meen okey ke angah duduk dengan dia?”
Ariel sedang mengekori kereta Viva milik Aiman. Mereka hendak ke rumah Yasmeen memandangkan Yasmeen sudah boleh balik. Nasib baiklah dia terus saja bangun selepas Munirah menelefonnya pagi tadi.
“Okey aja.”
“Kak Meen sewakan bilik ke apa?”
“Hah lah... kalau tak sewakan bilik nak sewakan apa pulak.”
“Marah ke?”
“Along ni banyak soal tahu tak?”
“Angah tu adik along, mestilah along nak tahu.”
“Ya lah tu...” macamlah kita tak tahu agenda dia tu apa.
“Terima kasih ya angah.”
“Terima kasih untuk apa pulak?”
“Terima kasih sebab layan permintaan along tanpa banyak soal.”
“Tak apa along dah janji nak belikan pakej percutian tu dan duit deposit sekali,”
“Yalah... esok-esok along belilah dekat jalanjalan.com tu.”
Munirah tersenyum lebar membayang resort yang cantik tu. Mahal tu harganya semalam pun bolehh menjangkau ke RM500. Jangan haraplah dia hendak bazir duit di situ. Kerana itulah dia sudah tidak mahu ulas panjang tentang arahan Ariel tu. Biarlah suatu hari nanti along pasti akan bercerita juga. Itu pun kalau dia hendak ceritalah, sebabnya dulu tu Ariel beritahu dia ketika lagi dua minggu hendak bernikah dengan kak Nelly.
Selepas itu mereka berdua mendiamkan  sehinggalah kereta Viva yang dipandu Aiman membelok masuk ke pekarangan rumah dua tingkat di Ampang Saujana. Okey tidaklah jauh sangat dia hendak memandu dari Villa Putra ke sini.
Inilah rumah anak daddy ya. Bisik Ariel dalam hati. Nanti bila Nur Tasnim dah besar sikit, daddy belikan set permainan yang ada papan gelongsor tu ya.
“Along! Yang tersenyum-senyum tu kenapa? Bukaklah lock pintu ni.”
“Oh okey, sorry.”
Dari dala kereta dia lihat bekas mertuanya keluar dari dalam kereta yang dipandu Aiman. Masa yang meningjak menjadikan mereka kelihatan sangat tua. Perlukah dia turun sekarang? Sesuaikah masanya? Sudahkah mereka memaafkannya? Dia tak tahu.
Apa yang dia tahu, hari ini kedatangannya kerana dia rindukan Nur Tasnim. Sumpah dia memang rindukan Nur Tasnim. Kemudian kerana hendak tahu di mana si murai, adiknya tu akan tinggal. Oh dia lupa! Cerita pindah rumah ni mesti dirahsiakan dari pengetahuan emak dan abah.
Tuk! Tuk! Tuk!
Ketukan kuat di cermin kereta mengejutkannya. Angah ni! Pantas enjin dimatikan dan keuar dari kereta. Langsung dia tidak mempedulikan Munirah yang sedang mengekori dari belakang.
“Assalamualaikum.”
Dia bersalaman dengan abah dan menundukkan sedikit kepalanya apabila bertentang mata dengan ibu. Lima tahun tu sekejap aja rupanya apabila mereka bertemu semula dalam keadaan seperti ini.
“Sini, angah tolong pegangkan Nur Tasnim.”
Munirah yang sedikit kekok itu menarik perhatiannya. Nur Tasnim yang dia rindukan sangat dan jadi teringat pada hadiah yang tidak sempat diberikan semalam. Langkah kakinya diarahkan ke arah boot kereta untuk mengambil barang-barang milik Yasmeen. Penuh dengan hadiah!
“Aiman, barang-barang ni nak letak kat mana?”
Ariel menoleh ke arah Aiman di belakang yang tangannya penuh dengan beg. Tiga hari aja masuk hositalnya tetapi beg yang dibawa sikit punya banyak.
“Letak dalam bilik depan ni.”
Aiman menunjukkan bilik yang terletak berhampiran dengan ruang tamu. Bilik itu sebenarnya bilik tamu tetapi menjadi bilik sementara untuk Yasmeen ketika dia sarat mengandung hari itu dan sekarang berpantang pun dalam bilik itu juga. Senang kalau mak bidan datang nak mengurut sebab bilik mak bidan di sebelah bilik tamu tu.
Sebelum arwah Adam meninggal dia sudah siap carikan mak bidan yang boleh jaga Yasmeen selama 44 hari berpantang. Dengarnya mahal juga kos untuk itu kerana selama 44 hari tu mak bidan akan tinggal bersama dengan Yasmeen. Dalam tempoh itu semua urusan dalam pantang akan diuruskan oleh mak bidan tu.
“Nak letak mana hadiah ni Aiman?”
“Letaklah tepi dinding tu, nanti aku kemas.”
Ariel memandang ke sekeliling bilik. Warna purple lavendar, antara warna kegemaran Yasmeen. Bilik ini juga ada bau lavendar. Masih belum berubah lagi rupanya pewangi bilik kegemaran Yasmeen. Perabutnya hanya ada katil bujang warna putih, baby cot warna yang sama dan sebuah almari. Mungkin ini bilik tetamu pada asalnya.

Friday 26 October 2012

Bab 12: Cerita Buat Kekasih



Salam Aidiladha untuk semua pembaca yang saya sayangi... here we go, special entry for Aidiladha...


Yasmeen bangun perlahan-lahan. Pengalaman pertama menjadi sseorang ibu membuatkan hidupnya huru hara. Okey dia memang ada pergi kelas persediaan tu dan juga adalah dia google beberapa tips di internet. Tetapi itu semua tidak samakan kalau tanpa kehadiran Adam.
“Assalamualaikum.”
“Eh ibu, awalnya sampai?”
“Ya lah ibu dengan ayah ni dah tak sabar nak tengok cucu sulung.”
Yasmeen tersenyum. “Meen baru nak susukan baby.”
“Dah mandi ke belum ni?”
“Baby, nurse dah mandikan tadi.”
“Patutlah cucu opah ni wangi aja... dah mandi yang dia. Sini, opah dukung dulu.”
“Bismillah...”
“Meen nak bagi nama apa ni?”
“Meen dengan Adam pilih nama Nur Tasnim, Cahaya air di syurga yang mengalir dari atas.”
“Alhamdullilah, sedap nama cucu opah ni. Moga Nur Tasnim akan jadi anak yang solehah yang sentiasa membahagiakan ibunya.” Satu kucupan diberikan kepada Nur Tasnim tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Yasmeen menarik nafas panjang menahan sebak yang datang bertamu. Setiap kali memandang wajah polos Nur Tasnim, hatinya hancur berkecai mengenangkan betama arwah Adam begitu teruja menanti kehadiran si comel ini. Lihatlah tu, Nur Tasnim bagaikan mengerti setiap patah kata opahnya. Dia mengeliat perlahan. Subhanallah! Begitu ajaib anugerah Allah kepadanya.
Yasmeen menoleh memandang ke kiri, dia tak mahu ibu nampak kesedihan yang sedang ditanggungnya ini. Cepat-cepat air matanya yang hampir mengalir tadi dikesatnya dengan jari.
“Mana abah? Ibu datang dengan siapa tadi?”
“Ibu datang dengan Aiman, abah Meen tu pergi ke kafeteria katanya nak minum kopi. Aiman pulak katanya ada hal sekejap. Dalam masa sejam dia datang sini.”
Yasmeen pantas ketawa. Mana tidaknya, Aiman tu sangat mementingkan kesihatannya dan sejak mereka tinggal serumah teh cina lah yang dia minum hari-hari dan lama-lama dia pun turut terikut sama.
“Maaflah ibu, rumah Meen tak ada kopi. Faham ajalah kalau dah tinggal serumah dengan Aiman.”
“Abah kamu tu memang macam tu Meen. Kopi ajalah yang dia minum pagi petang siang malam.”
Sedang leka berbual dengan ibu, kedengaran ketukan di pintu bilik berselang dengan suara Munirah dan abah.
“Hai kak Meen, assalamualaikum makcik.”
“Assalamualaikum.”
“Hai angah, waalaikumusalam abah.”
“Mana cucu atuk ni?” tak sabar betul dia hendak tengok cucu sulungnya. Semalam, dia tidak berpeluang untuk tengok cucunya kerana masih dalam bilik rawatan untuk pemeriksaan susulan katanya. Sebab itulah dia berpesan kepada Ariel untuk mengiqamatkan cucunya. Manalah tahu bila dia balik semalam, bayi sudah boleh dihantar kepada ibunya.
“Ni hah cucu kita atuknya.”
“Bismillah...” Haji Dzulkefli menyambut bayi perempuan yang dihulurkan oleh isterinya. Bersih aja kulit cucunya ni.
“Siapa namanya ni?”
“Nur Tasnim bah.”
Cahaya air di syurga yang mengalir dari atas.” Sambung hajah Fatimah.
Sedang mereka berdua mengulit Nur Tasnim, tiba-tiba anaknya itu merengek perlahan. Halusnya suara dia, indah sangat alunan tangisannya.
“Lapar susu dah ni Meen.” Hajah Fatimah memberitahu Yasmeen. “Sini atuknya, Nur Tasnim dah lapar.”
“Atuk tak puas lagi ni.”
Yasmeen ketawa perlahan dengan telatah ibu dan abahnya. Macam mana dia hendak beri Nur Tasnim minum susu ni? Abah ada dalam bilik. Walau pun abah sendiri dia tetap juga rasa malu.
“Abah keluar sekejap lah beli surat  khabar, tadi lupa nak beli di kafeteria.”
Alhamdullilah, bisik Yasmeen dalam hati. Legalah sikit nak beri susu pada si comel ni tanpa segan silu. Dia lupa hendak pack nursing cover hari tu. Kalau ada bolehlah dia gunakan untuk menutup Nur Tasnim yang sedang menyusu tu.
“Rakusnya Nur Tasnim ni, dahaga ya sayang?” Yasmeen tersenyum memandang Nur Tasnim yang dahaga tapi belum berapa pandai hendak menyedut susunya. Tak apa sayang, lama-lama nanti pandailah. Nur Tasnim kan anak mummy yang bijak.
Memandang wajah polos Nur Tasnim buat hatinya semakin hiba. Kasihan anaknya ini, lahir tanpa kasih saya seorang bapa. Mereka tidak berkesempatan berjumpa. Tak apalah sayang... gambar daddy ada, nanti mummy tunjukkan. Semoga Nur Tasnim akan jadi seperti daddy yang baik hati, penyanyang dan sangat penyabar tu.


“Kak Meen, comel aja kan Nur Tasnim tengah hisap susu ni.”

Yasmeen menganggukkan kepala. Dia masih lagi menahan sebak. Tapi nak buat macam mana, setiap kali pandang Nur Tasnim dia akan jadi sedih. Pandang aja Nur Tasnim, dia akan teringatkan arwah Adam. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi saat-saat menyakitkan ini. Dia mahu rasa sedih ini segera pergi. Dia takutlah, orang kata waktu pantang ni waktu yang penting juga. Kalau kita susah hati, kalau kita sedih, kalau kita tertekan, mudahlah nanti dapat penyakit meroyan. Dia tak nak dapat sakit meroyan, dia masih hendak jaga dan lihat Nur Tasnim membesar. Itu sahaja harta yang dia ada dalam dunia ni.
“Kak Meen sedih ke?” bisik Munirah perlahan ketika makcik Fatimah ke bilik air.
“Taklah...” dalih Yasmeen.
“Mak kata, kalau baru lepas bersalin atau dalam pantang tak elok sedih-sedih nanti dapat sakit meroyan.”
Yasmeen senyum. “Kak Meen tahu, insya-Allah kak Meen okey.”
“Kak Meen kalau nak cerita atau kongsi apa-apa boleh beritahu angah. Insya-Allah angah akan bantu apa yang terdaya.”
“Kak Meen okeylah, angah ni...” Nur Tasnim sudah selesai minum susu, tapi belum apa-apa dia sudah tertidur. Sayang mummy nilah...
“Nur Tasnim, sendawa  dulu sayang.” Nur Tasnim di tiarapkan di atas pehanya dan ditepuk perlahan belakang Nur Tasnim hinggalah anaknya tu sendawa.
“Kak Meen bila boleh balik?”
“Tengah hari ni dah boleh balik dah agaknya.”
“Makcik dah sarapan? Tu angah ada belikan nasi lemak.”
“Ya lah nanti makcik makan bila lapar. Tadi pagi makcik dah minum oats.”
Ibu memang macam tu, lepas subuh terus minum aots. Bukan macam abah, lepas subuh cari kopi.
“Nasib baik dekat rumah ada oats.” Sambung Nur Laila. “Angah boleh tolong kak Meen tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong kemaskan barang-barang kak Meen ni. Tak sabar dah nak balik rumah.”
“Kita nak balik dengan siapa?”
“Kak Aiman kan ada.”
Oh okey. Tapi muat ke? Pakcik Dzulkefli dan makcik Fatimah. Dia lagi, kak Meen dan Nur Tasnim. Kak Aiman tu keretanya viva aja. Tak muat, tak muat. Dia kena S.O.S along ni!
 

Monday 22 October 2012

Bab 11: Cerita Buat Kekasih



“Kak Meen tak kisah kalau angah nak tinggal dengan kak Meen.” Kejam betullah si Ariel ni, disuruhnya adik dia ni keluar dari rumah di Villa Putra tu sebab dia nak sewakan rumah tu untuk bayar hutang? Hutang? Macam tak valid alasan tu, tetapi dia malas nak komen apa-apa.
“Terima kasih kak Meen. Berapa angah kena bayar sewa dan berapa pula depositnya?”
“Ishh tak payahlah nak bayar sewa bagai. Duduk ajalah rumah kak Meen tu. Adalah kak Meen dan Tasnim ni kawan.”
“Betul ni?”
“Iya.”
“Terima kasih kak Meen. Ini semua along punya pasallah.”
Yasmeen tersenyum memandang kelegaan di wajah Munirah tanpa dapat mengesan agenda Munirah dan Ariel.
“Tak apalah angah, kan dah selesai masalah rumah tu.”
“Kalau tak kerana along nak sewakan rumah tu, tak adalah angah susahkan kak Meen.” Dia cerita aja kisah yang benar seperti apa yang diberitahu oleh Ariel padanya. Tetapi dia tidak cerita pun fasal Ariel akan bayarkan pakej percutian tu. RAHSIA kan.
“Sabar ajalan angah.” Tapi kenapa dengan Ariel ya? Kenapa dia tidak bekerja selama lebih enam bulan hingga ke tahap ada masalah kewangan. Ariel yang dia kenal dahulu tidak begini hidupnya. Nanti-nantilah dia akan risik dengan si murai ni.
“Terima kasih kak Meen. Bila angah boleh pindah masuk rumah kak Meen?”
“Sekarang pun boleh, tapi kena tunggu kak Meen keluar hospitallah dulu.”
“Terima kasih kak Meen. Angah turun beli breakfast dulu lah ya.”
Yasmeen angguk kepala. Begitulah perbualannya dengan Munirah pagi tu. Macam pelik sangat kan tapi biarlah. Bukannya dia tidak kenal Munirah pun dan paling penting ada jugalah dia kawan di rumah selain daripada Aiman. Nanti bila Aiman sudah berkahwin, dia akan pindah keluar juga. Memang Aiman tinggal di rumahnya sekarang ini sebagai peneman. Yalah... Adam meninggal dunia ketika dia sedang sarat mengandungkan Nur Tasnim.
Sementara itu di kafeteria Munirah menghubungi Ariel. “Assalamualaikum along.”
“Hmm ada apa ni angah?”
“Jawablah salam dulu.”
“Waalaikumusalam.” Ariel membetulkan duduknya di kepala katil. Lepas subuh tadi dia terlelap seketika. Malam semalam pula dia tidur lewat kerana mengemaskan barang-barang milik Nelly. Ada yang dia serahkan ke pusat bantuan banjir atau bencana alam. Ada yang dia akan serahkan kepada keluarga Nelly dan dia hanya menyimpan beberapa keping gambar bersama dengan Nelly.
“Dah tengah hari pun along tidur lagi.”
Ariel memandang jam digital atas meja tepi katil. “Baru pukul 9.00 pagi lah angah. Ada apa ni?”
“Along janji nak bayarkan deposit angah kan?”
“Ha’a, kenapa? Kak Meen dah setuju ke?”
“Ha’a tapi deposit dua bulan sewa.”
“Berapa jumlahnya?”
“Deposit RM800 tambah sewa RM400.”
“Okey nanti karang along bagi.”
Tengok, tengok! Along memang ada agenda lain dan bukannya terpaksa sewakan rumah tu sebab nak bayar hutang. Kalau betul along ada masalah kewangan, dia tak akan setuju beli pakej percutian tu dan dia juga tak akan kata apa-apa fasal duit deposit rumah.
“Along ada agenda lainkan?”
“Agenda apa ni angah?”
“Along nak mengorat kak Meen kan?”
“Angah, tolonglah jangan fikir yang bukan-bukan. Angah tahu kan along ni baru kematian isteri, tak terfikir pun ke situ.”
“Habis tu, yang beria-ria nak beli kan holiday package dan bayarkan deposit tu kenapa? Kata tak ada duit.”
“Bila masa along kata tak ada duit? Along kata nak sewakan rumah tu untuk bayar hutang.”
“Oh ye ke?”
“Yalah. dah, along nak rehat ni.”
Nasib baik Ariel tak marah sebab dia serkap jarang begitu dan terbit juga rasa bersalah kerana menipu Ariel konon-kononnya mintak duit untuk bayar duit deposit. Sedangkan dia tinggal secara percuma. Maaflah along...

Friday 19 October 2012

Bab 10: Cerita Buat Kekasih



“Angah kena pindah dari rumah along tu minggu hadapan.”  Ariel merujuk kepada Villa Putra yang diberi tumpang kepada Munirah. Sejak berpisah dengan Yasmeen, dia terus tidak mahu tinggal di situ. Di situ akan ada Yasmeen dan ketika itu hatinya sedang sakit.
“Kenapa pulak?”
“Along nak sewakan.”
“Habis tu angah? Along ni suka buat keputusan tak mahu bincang dulu.” Geram betullah dia dengan Ariel ni.
“Angah carilah rumah sewa lain.”
“Gila ke? Along ingat senang ke nak cari rumah sewa? Nak cepat pulak tu.”
“Sewalah bilik kat rumah kak Meen.”
“Kak Meen?”
Ariel anggukkan kepala.
“Along ni gilalah!” betul dia tak tipu. Perancangan Ariel ni buatkan dia sakit hati. Geram sangatlah... kalau tidak difikirkan Ariel tu abangnya, mungkin sudah berbakul-bakul sumpah seranahnya.
“Sorrylah angah, angah kan tahu along dah lama tak kerja. Hutang banyak nak bayar, jadi rumah tu kalau disewakan bolehlah along gunakan untuk tampung perbelanjaan along.” Perhatian, rumah tu dia suruh Munirah duduk secara percuma.
“Along tipukan?”
“Betullah angah.” Okey dia bukanlah betul-betul sudah terdesak tetapi dia ada agenda lain.
1.        Dia sudah tidak boleh berpisah dengan Nur Tasnim – jadi, dia kena jumpa hari-hari. Kalau bolehlah.
2.      Kalau hendak jumpa Nur Tasnim, bagaimana pula dengan Yasmeen – tentu tak manis apabila hanya ada mereka berdua. Jadi biarlah Munirah tinggal menumpang di rumah
Yasmeen.
3.         Dia tidak sampai hati memikirkan yang Yasmeen akan menjaga Nur Tasnim seorang diri. Bagaimana kalau si comel tu demam di tengah malam?
“Mana angah nak cari rumah ni? Duit deposit lagi?”
“Along bayarkan deposit angah.”
“Along!”
“Ya?”
“Along ada agenda lainkan?”
“Taklah, memang along nak sewakan rumah tu.”
“Kalau kak Meen nak sewakan bilik rumahnya tu. Kalau tak?”
“Kak Meen tak macam tu. Kalau angah merayu dan cakap baik-baik dia mesti okey punyalah.”
Munirah mengeluh geram. Sungguhlah alongnya ini memang hendak mencari fasal! Plastik merah yang berisi makanan yang dipesannya tadi dipandang kosong. Hilang seleranya dengan permintaan along yang macam ni.
“Along belanja dinner malam ni.”
Munirah menjeling Ariel yang duduk tidak jauh darinya. Kalau tidak memikirkan yang lobi hospital ni penuh dengan orang, tentu dia akan kejar Ariel dan luku kepalanya tu!
“Murah sangat.” Komen Munirah.
“Habis tu nak apa?”
“Angah nak pakej holiday 4 days 3 nights ke Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa.”
“Angah...”
“Take it or leave it along.”
“Okey, okey. Bila nak pergi?”
Tengok, dia tahu Ariel memang ada agenda lain. Cakap nak sewakan rumah tu sebab nak bayar hutang tapi bila dia minta taja percutian di situ, Ariel tanpa banyak soal terus bersetuju. Okey, dia tak kisah sebenarnya kalau hendak tinggal dengan Yasmeen sebab... bolehlah dia berulit dengan Nur Tasnim.

Monday 15 October 2012

Bab 9: Cerita Buat Kekasih


Jeng jeng jeng.....

Drum roll please.....

inilah jawapan kepada pilihan Ariel 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tanya Munirah dahululah, ssekarang baru pukul 7  malam. Mungkin sempat dia bersolat isyak di hospital sahaja. KLCC – Puteri Damai Hospital, bukanlah jauh sangat.
“Assalamualaikum angah.”
“Ada apa along?” Munirah memandang ke arah Yasmeen yang kelihatan sedikit kekok ketika menyusukan Nur Tasnim.
Yasmeen mendongakkan kepalanya memandang ke arah Munirah yang sedang berbual di telefon. Kalau along yang disebutnya pastilah Ariel.
“Jawablah salam dulu angah, tak sopan betullah anak dara perangai macam ni.” Sempat lagi dia meleteri Munirah.
“Oh sorry along. Waalaikumusalam.”
“Ni along nak tanya angah nak makan apa-apa tak? boleh along belikan dan singgah sekejap sebelum balik rumah.”
“Belikanlah nasi goreng paprik, telur dadar dan fresh orange.”
“Kak Meen?”
“Along, kak Meen kan kena pantang.”
“Oh okey. Setengah jam lagi along sampai tapi along nak solat dulu.”
“Thanks along.” Alaa... along tu jadikan alasan nak belikan makanan untuknya sebab nak jumpa Tasnim kan? Tak pun along nak jumpa mummy Tasnim. Padahalnya along tu pun beli dari kantin hospital. Macamlah kita baru kenal dia semalam.
“Ngah, along nak datang ke?”
“Ha’a. Tapi kalau kak Meen tak selesa, angah faham.”
Yasmeen diam seketika, memanglah dia kurang selesa tapi macam mana ya nak beritahu. Tak nak lah nanti ada yang berkecil hati.
“Angah faham kalau kak Meen tak selesa.” Dia faham raut wajah tidak selesa Yasmeen. Kalau dia pun mungkin juga tidak selesa, sudahlah baru bersalin dan kemudian dengan letihnya lagi. Mestilah kak Meen hendak rehat.
“Sorry angah.”
“Eh tak apa kak Meen, nanti pandailah angah settle kan dengan along.”
SMS di hantar kepada Ariel. Alongnya tu kadang-kadang dia sendiri tak faham. Emak dan abah berganda lagi tidak faham. Tetapi selepas apa yang berlaku, nampaknya kali ini mereka lebih memberi peluang kepada Ariel untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Yalah, percaturan mereka dahulu kan tidak berjaya.
Mak pesan, malam-malam tak baik melawat baby.

Lah... makanan ni?

Nanti dah sampai call angah.

Ok.

Macam-macamlah angah ni, rungut Ariel dalam hati. Tak apalah nanti sudah sampai dia buatlah seperti yang diarahkan. Lagi pun dia ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Munirah nanti. Hatinya sudah tumpah pada Nur Tasnim yang comel. Wajahnya gebu dengan bulu-bulu halus. Bibirnya kecil dan berwarna merah jampu. Apabila diusik pipinya, dia akan bergerak-gerak perlahan. Ya Allah, sayangnya pada Nur Tasnim tidak ada belah bahaginya lagi.

Friday 12 October 2012

Bab 8: Cerita Buat Kekasih; Apa pilihan Ariel?

Jeng Jeng Jeng...



Apakah keputusan Ariel dari tiga pilihan yang ada tu? 
Pergi ke dia jumpa Nur Tasnim? pssttt orang tua-tua selalu kata tak baik melawat baby baru lahir waktu malam.


Atau pergi ke rumah Yasmeen yang dia tak tahu kat mana tu? tak boleh, tak boleh. walau pun bekas bapa mertuanya tu minta dia iqamatkan Nur Tasmin tidak semestinya dia sudah diterima kan? luka lama berdarah kembali kut masa terjumpa di lobi hospital.


Pilihan terakhir pula adalah balik rumah sendiri. habis cerita kan.


nak tahu apa pilihan Ariel?



Nak tahu?



*tersenyum manis* jom....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*Drum roll* 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Surpriseeeeeeeeee.....
Jumpa minggu hadapan *sayang korang semua*

Thursday 11 October 2012

Bab 7: Cerita Buat Kekasih



Ya Tuhan... dia rambang mata memandang gaun-gaun edisi terbaru yang bergantungan ni. Semuanya dia rasa cantik untuk dipadankan dengan Nur Tasnim. Warna pastel yang sweet ni memang sesuai sangat untuk bayi. Penyudahnya dia beli beberapa 3 pasang gaun dan 3 helai romper untuk Nur Tasnim.
“Anak pertama ke encik?” tegur cashier yang bertugas.
“Hah?” soal Ariel kurang mengerti.
“Beli barang untuk anak pertama ke?”
“Ooo... ha’a anak pertama.”
Cashier yang sedang mengimbas harga baju yang dibeli Ariel tersenyum manis. “Biasanya pelanggan kami memang macam ni encik, kalau anak pertama aja mesti excited beli baju yang comel-comel macam ni.”
“Biasalah dik... nama pun anak pertama.” Walau pun hanya anak angkat, dia tetap sayangkan Nur Tasnim. Nur Tasnim tu adalah anaknya, titik!
“Isteri encik tak ikut sekali?”
Aduh terlebih peramah pula adik cashier ni. “Dia ada kat hospital baru lepas bersalin awal pagi tadi.”
“Oh ye ke? Tahniah encik.”
“Terima kasih.”
“Harganya RM629.90 encik.”
Kad kredit bertukar tangan dan baju-baju Nur Tasnim sudah dibungkus cantik dalam beg kertas berjenama Mothercare. Tak sabar rasanya hendak lihat baju-baju ni tersarung di tubuh Nur Tasnim. Pastilah si kecil ni yang paling comel!
Keluar dari Mother Care dia ke bahagian kanak-kanak di isetan KLCC. Saja jalan-jalan cuci mata, mana tahu ada barang yang dia berkenan untuk Nur Tasnim. Di situ dia tengok banyak betul stroller yang pelbagai jenis dan harga. Adalah juga yang dia berkenan, tetapi kenalah tanya pada mummy Nur Tasnim dahulu. Manalah tahu, sudah ada yang dibelinya. Dia tak beli apa-apa di sini kecuali sejenis permaianan yang boleh digantungkan di baby cot untuk melekakan bayi.
Selesai membeli barang, dia berura-ura hendak pulang tetapi hatinya bagai dipanggil sahaja untuk ke hospital melihat Nur Tasnim. Boleh ke? Dia tak naklah menganggu anaknya itu waktu malam begini. Atau patutkah dia ke rumah Yasmeen melawat ibu dan abah? Tetapi dia malulah... yalah, semua orang tahun kan sejarah silam dia. Bagaimana dia pernah dimarahi oleh bekas bapa mertuanya di penghujung usia perkahwinan dia dan Yasmeen.
Dalam kereta, dia sudah berbelah bahagi. Dia ada tiga pilihan. Ke hospital menjenguk Nur Tasnim – dia tak sabar hendak serahkan barang beliannya tadi kepada mummy Tasnim, menjenguk ibu dan abah di rumah Yasmeen – tetapi dia tidak tahu di mana rumah Yasmeen, balik ke rumah sendiri – tapi dia bosan kerana pastilah dia akan asyik teringatkan wanginya Nur Tasnim.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
jadi apakah pilihan Ariel dalam tiga pilihan yang ada? tolonglah dia buat pilihan kerana hatinya sedang keliru.

pssttt saya sedang rajin update blog ni, jadi tolonglah saya baca tau. 
 

Tuesday 9 October 2012

Bab 6: Cerita Buat Kekasih



Ariel Menuju ke wad kanak – kanak. Semenjak Nelly meninggal dunia, dia tidak sempat hendak mengucapkan selamat tinggal kepada Nur Ariana. Anak malang yang menghidap Myelodysplastic Syndromes (MDS) ini adalah kata nama lain kepada pre-luekimia. Nur Ariana adalah pesakit kanak-kanak pertama yang menghidap penyakit ini di malaysia. Kasihankan? Tetapi nantilah dia terangkan lebih terperinci di bahagian yang lain.
Tahu tak sepanjang dia cuti panjang menjaga Nelly, dia telah menyertai kumpulan sokongan yang berkongsi masalah sesama mereka. Sama ada pesakit atau ahli keluarga pesakit. Hah di sinilah dia kenal ibu Nur Ariana, namanya Nur Laila. Tetapi adalah juga sesekali dia bertemu dengan ayah Nur Ariana yang bernama Husni Azam.
“Assalamualaikum Ariana.” Tegur Ariel dari sebalik pintu bilik permainan.
“Waalaikumussalam uncle.”
“Sihat hari ni?”
Nur Ariana menganggukkan kepala. Dia suka sangat pada uncle Ariel yang baik hati ni. Dia macam daddy juga, penuh dengan kasih sayang.
“Mummy Ariana mana?”
“Mummy pergi toilet. Lama tak nampak uncle, aunty Nelly dah sihat ke?”
“Aunty Nelly dah tak ada sayang, dia dah tinggalkan kita semua.”
“Ooo... nanti Ariana pun macam tu. Tinggalkan mummy, tinggalkan daddy, adik-adik dan semua orang.”
Suara keluhan Nur Ariana amat menyayat hati. Dia sudah tahu tentang penyakit Nur Ariana yang boleh meragut nyawanya itu. “Ishh jangan cakap macam tu Ariana, tak baik.” Dalam setiap solatnya, dia sentiasa menitipkan doa buat Nur Ariana agar anak ini cepat sembuh dan mampu bertahan dengan sesi kemoterapi yang sedang dilaluinya.
“Betullah... hari tu nurse cakap penyakit Ariana ni susah nak sembuh.”
“Dah... uncle tak suka Ariana cakap macam tu.”
“Sorry uncle.”
“Okey, disebabkan Ariana ni comel sangat. Uncle hadiahkan coklat ni untuk Ariana.”
“Talbrone! Ariana suka sangat. Terima kasih uncle.”
Sama-sama, tapi uncle tak boleh nak temankan Ariana main hari ni.”
“Alaa... kenapa?”
“Hari ni uncle ada kerja sikit nak buat.” Dia ada banyak urusan hendak diuruskan dan sebenarnya dia sudah sangat teruja hendak beli pakaian yang cantik-cantik untuk Nur Tasnim.
“Okay, tapi uncle jangan lupa tau jenguk Ariana.”
“Insya-Allah sayang. Jangan lupa telefon uncle tau.”
“Okey!” Nur Ariana mengangkat tangan kiri dan kanannya dan membuat tanda peace.