Followers

Monday 22 October 2012

Bab 11: Cerita Buat Kekasih



“Kak Meen tak kisah kalau angah nak tinggal dengan kak Meen.” Kejam betullah si Ariel ni, disuruhnya adik dia ni keluar dari rumah di Villa Putra tu sebab dia nak sewakan rumah tu untuk bayar hutang? Hutang? Macam tak valid alasan tu, tetapi dia malas nak komen apa-apa.
“Terima kasih kak Meen. Berapa angah kena bayar sewa dan berapa pula depositnya?”
“Ishh tak payahlah nak bayar sewa bagai. Duduk ajalah rumah kak Meen tu. Adalah kak Meen dan Tasnim ni kawan.”
“Betul ni?”
“Iya.”
“Terima kasih kak Meen. Ini semua along punya pasallah.”
Yasmeen tersenyum memandang kelegaan di wajah Munirah tanpa dapat mengesan agenda Munirah dan Ariel.
“Tak apalah angah, kan dah selesai masalah rumah tu.”
“Kalau tak kerana along nak sewakan rumah tu, tak adalah angah susahkan kak Meen.” Dia cerita aja kisah yang benar seperti apa yang diberitahu oleh Ariel padanya. Tetapi dia tidak cerita pun fasal Ariel akan bayarkan pakej percutian tu. RAHSIA kan.
“Sabar ajalan angah.” Tapi kenapa dengan Ariel ya? Kenapa dia tidak bekerja selama lebih enam bulan hingga ke tahap ada masalah kewangan. Ariel yang dia kenal dahulu tidak begini hidupnya. Nanti-nantilah dia akan risik dengan si murai ni.
“Terima kasih kak Meen. Bila angah boleh pindah masuk rumah kak Meen?”
“Sekarang pun boleh, tapi kena tunggu kak Meen keluar hospitallah dulu.”
“Terima kasih kak Meen. Angah turun beli breakfast dulu lah ya.”
Yasmeen angguk kepala. Begitulah perbualannya dengan Munirah pagi tu. Macam pelik sangat kan tapi biarlah. Bukannya dia tidak kenal Munirah pun dan paling penting ada jugalah dia kawan di rumah selain daripada Aiman. Nanti bila Aiman sudah berkahwin, dia akan pindah keluar juga. Memang Aiman tinggal di rumahnya sekarang ini sebagai peneman. Yalah... Adam meninggal dunia ketika dia sedang sarat mengandungkan Nur Tasnim.
Sementara itu di kafeteria Munirah menghubungi Ariel. “Assalamualaikum along.”
“Hmm ada apa ni angah?”
“Jawablah salam dulu.”
“Waalaikumusalam.” Ariel membetulkan duduknya di kepala katil. Lepas subuh tadi dia terlelap seketika. Malam semalam pula dia tidur lewat kerana mengemaskan barang-barang milik Nelly. Ada yang dia serahkan ke pusat bantuan banjir atau bencana alam. Ada yang dia akan serahkan kepada keluarga Nelly dan dia hanya menyimpan beberapa keping gambar bersama dengan Nelly.
“Dah tengah hari pun along tidur lagi.”
Ariel memandang jam digital atas meja tepi katil. “Baru pukul 9.00 pagi lah angah. Ada apa ni?”
“Along janji nak bayarkan deposit angah kan?”
“Ha’a, kenapa? Kak Meen dah setuju ke?”
“Ha’a tapi deposit dua bulan sewa.”
“Berapa jumlahnya?”
“Deposit RM800 tambah sewa RM400.”
“Okey nanti karang along bagi.”
Tengok, tengok! Along memang ada agenda lain dan bukannya terpaksa sewakan rumah tu sebab nak bayar hutang. Kalau betul along ada masalah kewangan, dia tak akan setuju beli pakej percutian tu dan dia juga tak akan kata apa-apa fasal duit deposit rumah.
“Along ada agenda lainkan?”
“Agenda apa ni angah?”
“Along nak mengorat kak Meen kan?”
“Angah, tolonglah jangan fikir yang bukan-bukan. Angah tahu kan along ni baru kematian isteri, tak terfikir pun ke situ.”
“Habis tu, yang beria-ria nak beli kan holiday package dan bayarkan deposit tu kenapa? Kata tak ada duit.”
“Bila masa along kata tak ada duit? Along kata nak sewakan rumah tu untuk bayar hutang.”
“Oh ye ke?”
“Yalah. dah, along nak rehat ni.”
Nasib baik Ariel tak marah sebab dia serkap jarang begitu dan terbit juga rasa bersalah kerana menipu Ariel konon-kononnya mintak duit untuk bayar duit deposit. Sedangkan dia tinggal secara percuma. Maaflah along...

4 comments:

  1. ehem...
    kes tipu atas tipu ni.
    hiksss, bijak betul angah tu~

    ReplyDelete
  2. alah si ariel ni, kalau hati dah terpaut, cakap je lah... v^^

    ReplyDelete